AGENDA KRISTIANISASI KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA - SIMBOLIK AMARAN BAKAL TERANCAMNYA AKIDAH UMAT ISLAM

 

Kisah ini adalah kisah daripada saudara Islam, Muhammad bin Abdullah, ketika beliau membawa rakyat Malaysia melancong ke Jurusalem. Pada hari pertama lagi Mahmood, pemandu pelancong dan merupakan rakyat tempatan yang biasa bekerja dengannya memberitahu bahawa di hotel tersebut terdapat sebuah lagi kumpulan rakyat Malaysia tetapi beragama Kristian. Perkara ini bukanlah luar biasa kerana di Jurusalem juga terdapat banyak tempat-tempat penting yang boleh dilawati oleh penganut Kristian.

Namun, yang menjadi kegelisahan Mahmood adalah sikap gerombolan Kristian Malaysia itu mengutuk Islam dan sangat tidak berpuas hati dengan orang Islam di Malaysia. Perkara ini juga bukanlah suatu yang luar biasa kerana di mana-mana sememangnya ramai yang anti-Islam sehingga wujudnya terma Islamofobia yang dicipta khusus oleh orang Barat sebagai tanda kebencian terhadap Islam dan dengan tujuan mendiskriminasikan umat Islam. Pada hari terakhir lawatan, kebetulan kumpulan lawatan Muhammad menaiki bas yang sama dengan gerombolan Kristian Malaysia. Pada ketika ini, seorang ahlinya telah mendekati Muhammad dan dengan beraninya memberikan beberapa helaian ‘flyers’ yang mengandungi mesej seperti berikut:

Decree for Malaysia
“We decree and declare that Malaysia will be a ‘Rainbow Nation’ in sending missionaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here”

Inilah agenda kristianisasi yang dibentuk khusus untuk rakyat Malaysia. Tindakan mereka yang berani menyebarkan dakyah kepada umat Islam secara terang-terangan memberi simbolik kepada kita bahawa ia adalah satu ancaman akidah yang paling bahaya jika tidak ada pembendungan sama ada melalui keimanan di dalam diri sendiri, keluarga, atau dari pihak-pihak yang berautoriti. Perkara ini tidak boleh dipandang sepi, kerana musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk memusnahkan Islam. Hanya dengan meningkatkan keimanan kepada Allah dan kekuatan akidah lah yang boleh menyelamatkan diri umat Islam dari terjerat dengan tipu helah agenda Kristianisasi.

Sumber: Blog ustazamin.com


Comments