FENOMENA MURTAD DALAM KALANGAN MELAYU-ISLAM IBARAT ‘BARAH’ YANG PERLU DIRAWAT SEBELUM PARAH AKIDAHNYA
Pada awal kemerdekaan Malaya, diharapkan saki-baki gerakan misionari Kristianisasi dapat dihapuskan memandangkan pentadbiran dikuasai oleh orang Melayu-Islam. Namun, harapan tinggal harapan kerana kerana sistem pentadbiran dan perundangan disebalik pemerintahan orang Melayu sebenarnya adalah acuan penjajah yang mengikut undang-undang di India dan England. Sedikit demi sedikit undang-undang Islam tidak lagi diikuti dan diamalkan di Tanah Melayu, malah Kanun Keseksaan pula diiktiraf.
Peristiwa Natrah menjadi antara punca yang menggugat sentimen orang Melayu-Islam. Bantahan yang bermandikan darah dilakukan demi menyelamatkan akidah gadis tersebut dari dimurtadkan oleh golongan tertentu yang mengambil kesempatan atas sistem pentadbiran dan perundangan yang tidak memihak kepada perundangan Islam.
Kesannya pada hari ini kian terasa apabila dilihat statistik orang Melayu-Islam yang sukarela keluar dari Islam malah bangga diri telah murtad kian berleluasa. Biarpun sesetengahnya masih mengekalkan identiti Islam secara luarannya sahaja demi menyembunyikan pegangan pada ahli keluarga dan rakan terdekat disebabkan banyak kemungkinan dan kepentingan diri, namun perkara ini boleh dianggap sebagai ‘barah’ yang sekiranya tidak ‘dirawat’ pasti akan melarat yang akhirnya menganggu-gugat akidah umat Islam yang lain. Renung-renungkan.
Sumber: Kertas Projek Vot RMC- Universiti Teknologi Malaysia
Comments
Post a Comment