ISU PENGANUT HINDUTVA MENCIPTA LAGU MENGHINA AGAMA ISLAM!!! SIRI PENGHINAAN DEMI PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM ADALAH MUSIBAH YANG PERLU KITA MUHASABAH BERSAMA

 

Sebelum ini kecoh berkenaan seorang sami Hindu di India yang membuat ucapan berbaur kebencian terhadap umat Islam dalam khutbahnya seraya menyeru pengikutnya untuk menyerang kota suci Mekah dan merampas Kaabah. Alasannya, Kaabah dikatakan kuil asal Hindu dan ingin menjadikan Sungai Mahadev Gangga mengalir dalam bentuk telaga zam-zam di Mekah serta menyatakan tidak ada kuasa di Bumi boleh mengalahkan Islam jika tidak ditakluk Kota Mekah. 

Rentetan itu, pengikut Hindutva pula mencipta lagu-lagu yang berunsur kebencian terhadap Islam dan ianya tular di pelbagai platform media sosial baru-baru ini. Lirik lagu yang dinyayikan oleh seorang penyanyi keagamaan, Sandeep, amat kasar dengan dakwaan kononnya masyarakat Hindu menderita selama beberapa abad di tangan orang Islam dan kini masanya untuk membalas dendam. Nada lagu tersebut juga jelas dapat menaikkan sentimen keganasan disamping memberi amaran kepada masyarakat Islam mengenai implikasi yang bakal berlaku pada hari nasionalisme Hindu bangkit.

Walau bagaimanapun, diharapkan umat Islam tidak mudah melatah dengan provokasi yang cuba disemarakkan oleh orang bukan Islam tersebut kerana Allah SWT melarang orang Islam untuk mencela atau menghina agama lain kerana ia akan menyebabkan mereka membalas balik dengan mencela Allah dan juga agama Islam. Apatah lagi jika ia melibatkan celaan dan penghinaan secara terus kepada agama Islam, sudah pasti larangan dan pengharaman melakukan perbuatan itu lebih jelas lagi. 

Siri penghinaan demi penghinaan terhadap agama Islam adalah musibah yang perlu kita muhasabah bersama. Ini bukan masanya kita menuding-nuding jari dan menyalahkan sesiapa. Semua pihak perlu berganding bahu dan memperkukuhkan perpaduan sesama umat Islam. boleh jadi, ia juga satu teguran daripadaNya agar kita tidak leka dan sedar akan tanggungjawab untuk menjunjung agamaNya dalam segenap urusan kehidupan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JUL 2023, samudera.my, SS Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri


Comments