Di dalam sebuah artikel bertajuk ‘Alam, Ahli Sihir IT’ karangan seorang ilmuan biologi ateis Barat menyatakan bahawa kehebatan fungsi-fungsi biologi manusia mahupun kejadian alam semesta adalah ciptaan yang sangat genius. Namun mereka tidak mengiktiraf kejadian tersebut adalah ciptaan Tuhan yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu iaitu Allah SWT walaupun mereka telah mengkaji isi kandungan al-Quran.
Ilmuan ateis Barat tersebut mengkreditkan ciptaan genius ini kepada alam atau disebut ‘mother nature’ sebagai ‘Tuhan baru’. Mereka mengaggap Tuhan baru iaitu ‘mother nature’ lah yang menciptakan segala konsep kompleksiti dalam badan manusi, pengurusan dunia, sekecil-kecil mikroorganisma kepada sebesar-besar galaksi dan sebagainya.
Sedangkan alam tidak boleh melakukan semua yang dipanggil mereka sebagai ciptaan genius ini, kerana alam tidak mempunyai niat, tujuan dan kehendak terhadap sesuatu ciptaan. Bagi orang beriman, sudah pasti tanpa ragu segala kredit dapatan sains tersebut dipulangkan kepada Tuhan pencipta alam iaitu Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah at-Tin, ayat 4,
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”
Allah juga berfirman dalam Surah al-Anbiya, ayat 30 sebagai bukti penciptaan alam semesta:
Maksudnya: “Dan apakah orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara kedua-duanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Bukti apa lagikah yang diinginkan oleh golongan ateis sedangkan fakta yang terdapat di dalam ayat al-Quran sudah terbukti juga melalui kajian sains. Hanya mereka yang jahil menyangkal kebenaran kerana keras hati tidak mahu mengakui kewujudan dan kekuasaan Allah SWT.
Sumber: Jurnal Islam & Sains – ADDEN Growth of Knowledge, fakirilmu.com
Comments
Post a Comment