Menurut Ensiklopedia Indonesia, Syiah diperingkat awal hanyalah mengutamakan Saidina Ali berbanding Uthman bin Affan. Kemudian, faktor evolusi politik telah menjadikan mereka mengutamakan Saidina Ali secara keseluruhannya. Bahkan mereka mula tidak mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, Umar dan Othman. Manakala Ali dan keturunannya dianggap sebagai imam-imam sebenar umat Islam.
Kedudukan senarai Imam Syiah Dua Belas adalah seperti berikut:
1. Ali bin Abi Talib
2. Hassan bin Ali
3. Hussein bin Ali
4. Ali bin Hussein Zainal Abidin
5. Muhammad al-Baqir
6. Jaafar al-Sadiq
7. Musa al-Kadziru
8. Ali al-Ridha
9. Muhammad al-Jawad
10. Ali al-Hadi
11. Hassan al-Askari
12. Muhammad bin Hassan al-Askari (Imam Mahdi)
Golongan Syiah bersepakat bahawa kesemua Imam di atas adalah maksum dan paling berhak melaksanakan urusan Imamah (pemerintahan negara). Pada suatu ketika, berlakunya perselisihan dalam kalangan pengikut Syiah, kemudian terpecahlah Syiah kepada dua kelompok besar iaitu Syiah Imamiah dan Syiah Zaidiyyah. Terdapat juga kelompok Syiah yang ekstrem (melampaui batas) yang mendakwa Saidina Ali menduduki maqam ketuhanan, tidak mati dibunuh, Jibril a.s tersalah menurunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW, al-Quran tidak sempurna, mencela sebahagian besar sahabat Nabi SAW dan seumpamanya.
Kenyataan sebegini sebenarnya merupakan rekaan dan mitos yang bertentangan dengan akal dan nas. Bahkan bertentangan dengan roh Islam itu sendiri. asas ideologi Syiah ini juga disulami dengan unsur fanatik, penisbahan dan modifikasi yang dilihat bersesuaian dengan zaman dan kepentingan tertentu. Ciri-ciri sebeginilah menjadikan mereka sebagai sebuah kumpulan pelampau agama dan sesat dari ajaran Islam sebenar. Maka berhati-hatilah.
Sumber: Kertas Pembentangan Majlis Penjelasan Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Comments
Post a Comment