CARA MENJEMPUT REZEKI DARI SUDUT PANDANG ISLAM


Setiap daripada kita sebagai umat Islam percaya akan setiap rezeki itu mestilah terdapatnya keberkatan. Sama ada cepat atau lambat jika ia sudah tertulis dan termaktub bahawa ia kepunyaan kita, maka ia tetap akan menjadi hak milik kita. Begitu juga sebaliknya, andai ia sudah tertulis ia bukan milik kita maka ia tidak akan menjadi milik kita waima bagaimana kita menjalankannya. Namun dalam mencari rezeki, tidak ada salahnya kita melakukan ikhtiar dalam menjemput rezeki, pada ada keberkatan di sebaliknya.

Antara amalan menjemput rezeki yang boleh diamalkan oleh umat Islam dalam meraih keberkatan dan keredhaan Allah SWT adalah:

1) Jangan berkira terhadap perbelanjaan keluarga terutama ibu dan ayah. Walau sesempit mana pun kita ketika itu, usahakanlah untuk memberi. Sama ada kecil atau besar, jika Ikhlas dan datangnya dari sumber yang halal lagi berkat pasti Allah SWT akan melipatgandakannya. 

2) Amalkan solat dhuha. Allah SWT menjamin rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. 

Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.” (HR Abu Daud).

3) Bersedekah. Perbanyakkan sedekah kepada golongan yang memerlukan. Akan tetapi sedekah yang paling mengangkat darjat seseorang adalah sedekah kepada ahli keluarga terdekat.

4) Jangan berhutang terlalu lama. Salah satu amalan menjemput keberkatan rezeki itu adalah segerakan dalam menyelesaikan hutang. Ini kerana hutang itu akan dituntut waima kita sudah meninggal dunia.

5) Berbuat baik dengan makhluk Allah SWT. Kita bukan Sahaja dituntut untuk berbuat baik dengan manusia sahaja, malah terhadap semua makhluk Allah SWT, ini termasuklah golongan haiwan, tumbuh – tumbuhan dam alam semesta. 

6) Memperbanyakkan istighfar. Sabda Rasulullah SAW:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (HR Abu Daud).

7) Menjauhi dosa. 

8) Mengingati Allah SWT. Mengingati Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."  (QS Ar – Ra’d: 28).

Ingatlah, segala keberkatan rezeki yang diperolehi oleh kita adalah datangnya daripada Allah SWT. Jadi, jangan sesekali menyalahgunakan tips menjemput rezeki ini untuk tujuan yang tidak baik. Amalkan tips ini pada setiap hari untuk menjemput rezeki yang melimpah ruah. Usahakanlah agar kita memperoleh keberkatan rezeki yang halal dan diberkati.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)


 

Comments