FENOMENA LGBT SEMAKIN MENINGKAT MENGGAMBARKAN PENGARUH LIBERALISME SEMAKIN KUAT MENGUASAI MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA
Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) bukan komuniti baru dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Malah terdapat pihak yang cuba untuk menuntut agar Malaysia memberi pengiktirafan serta hak sama rata kepada golongan LGBT ini. Secara realitinya menunjukkan bahawa penglibatan golongan LGBT semakin membimbangkan dalam kalangan masyarakat. Faktanya, gejala ini malah semakin menular dan tidak hanya terbatas dalam kalangan dewasa bahkan turut mempengaruhi remaja yang masih dibangku sekolah.
Lebih memalukan apabila orang Melayu yang sinonim dengan agama Islam sendiri tanpa segan silu menonjolkan diri mempromosikan LGBT. Misalnya merujuk kepada kejadian pada 29 JULAI 2023 yang lalu, kelihatan sekumpulan individu berhimpun secara haram di hadapan SOGO, Kuala Lumpur, sambil memegang sepanduk dan laungan menuntut hak kesamarataan jantina serta penghapusan diskriminasi jantina dalam kalangan golongan LGBT. Ketegaran dan kesempatan yang diambil golongan tersebut ketika masyarakat Malaysia sedang sibuk dengan penamaan calon sempena Pilihan raya Negeri (PRN) akan datang, menunjukkan sikap mereka cuba untuk mengalihkan perhatian dan mencuri tumpuan masyarakat mahupun pemimpin berkenaan tuntutan hak sama rata bagi kaumnya LGBT diambil cakna.
Sedangkan masyarakat Malaysia amat sensitif dengan gaya hidup yang menyalahi tuntutan agama dan tatasusila budaya timur apatah lagi dengan perlakuan yang menyalahi fitrah sebagai seorang manusia. Fatwa Kebangsaan juga telah menetapkan bahawa ‘tasyabbuh’ yang bermaksud menyerupai sesuatu atau secara fiqh membawa pengertian seorang perempuan yang menyerupai lelai atau sebaliknya maka hukumnya adalah haram bahkan ianya adalah merupakan salah satu dosa besar. Pintu taubat masih terbuka, kembalilah ke fitrah sebelum perbuaan itu kelak memakan diri sendiri sama ada di dunia mahupun di akhirat. Renung-renungkan.
Sumber: twitter.com/Salim_Iskandar dan Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Vol. 23(3)
Comments
Post a Comment