GELOMBANG SYIAH MELEBARKAN PENGARUH DI MALAYSIA DENGAN MEMBAWA FAHAMAN BERTOPENGKAN ISLAM HARUS DIBENDUNG SEGERA
Umat Islam di Malaysia merupakan penganut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) iaitu yang berpegang dengan metod Imam Abu Hasan al-asya’ari dalam akidah dan menggunakan pendekatan Mazhab Syafie dalam penentuan hukum feqah. Jelasnya, sebelum kedatangan anasir-anasir yang memesongkan dan memanipulasikan fahaman umat Islam seperti Syiah, Wahabi, Islam liberal serta percambahan ajaran sesat, kedudukan umat Islam begitu teguh dan harmoni. Namun, kini ianya semakin goyah kerana kemunculan pelbagai aliran yang bertentangan denagan ASWJ tersebut.
Lebih-lebih lagi gelombang penganut Syiah yang dianggarkan mencecah hampir 250,000 di Malaysia dan lebih 250 syarikat perniagaan yang dikenalpasti mempunyai kaitan dengan fahaman ini. Inilah realitinya di Malaysia, tanpa disedari fahaman-fahaman ini semakin berkembang mempengaruhi pemikiran umat Islam yang jahil dalam agama. Secara ‘luarannya’ semua fahaman yang bertopengkan Islam ini nampak serupa, namun jika diteliti dan dikaji, akidahnya juga sudah tidak betul. Misalnya, Islam tidak mengajar hanya mengiktiraf Saidina Ali sebagai khalifah dan mengkafirkan para Sahabat Nabi SAW yang lain, sudah tentu ianya bertentangan dengan konsep ASWJ yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Justeru itu, untuk mengelakkan kekeliruan dan dimanipulasikan pihak-pihak tertentu, bergaullah dengan orang yang berilmu iaitu para alim ulama ASWJ yang boleh dijumpai di majlis-majlis ceramah di surau, masjid dan sebagainya. Usahalah dalam mencari kebenaran yang hakiki, bukannya mengejar perkara yang tidak pasti. Sudah pasti setiap amalan diganjari pahala, maka tuntutlah ilmu sebaiknya.
Sumber: Kertas Pembentangan Majlis Penjelasan Fatwa, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Comments
Post a Comment