PENGUASAAN LIBERAL DALAM DUNIA ISLAM!!! PROJEK BESAR ARAB SAUDI MEMBENARKAN AKTIVITI KASINO DAN KEMASUKAN ISRAEL TANDA AKHIR ZAMAN SEMAKIN MENGHAMPIRI

 


Selaras dengan dasar ‘Saudi Vision 2030’ yang menumpukan terhadap aspek pelancongan dan pelaburan sebagai elemen utama mengukuhkan ekonomi negara selain kebergantungan kepada hasil minyak, Arab Sudi sedang melakukan projek besar-besaran di wilayah-wilayah sekitar Laut Merah. Salah satu yang cuba dibina adalah projek Pulau Tiran dan Pulau Sanafir. Pulau-pulau tersebut sebelumnya dikendalikan oleh Mesir, namun bermula 2017 Arab Saudi mengambil alih projek tersebut.


Mengikut perancangan, Arab Saudi akan membangunkan kasino dan hotel mewah di dua pulau tersebut. Sebuah jambatan turut dibina sebagai penghubung antara Saudi menuju wilayah Sinai, Mesir. Riyadh juga akan membuka pintu kemasukan ke pulau tersebut bagi para pelancong dan pelabur luar negara termasuklah warga Israel yang selama ini diharamkan untuk menjejakkan kaki ke Arab Saudi berikutan kerajaan pimpinan Raja Salman menyokong warga Palestin. Namun, berita ini disahkan oleh berita ‘Israel Global’ yang menyatakan bahawa Arab Saudi akan segera mengizinkan orang Israel untuk mendapatkan visa pelancong untuk mengunjungi Pulau Tiran dan Sanafir.


Bukan itu sahaja projek mega Arab Saudi, mereka turut dalam proses menjalankan lima projek yang lain demi mencapai visi Saudi 2030 tersebut. Antaranya ialah Projek NEOM (kota pintar ‘futuristic’ seolah-olah negara dalam negara), Projek Laut Merah (membina tempat penginapan dan hotel mewah di 22 pulau dan enam daratan), Projek Amaala (kota tradisional dan pembinaan Gerbang Diriyah II berskala Paris) dan Projek Qiddiya(berkonsepkan bandar hiburan yang mencakupi taman hiburan Six Flags, lapangan golf dan kompleks seni). 


Hal ini menggambarkan bahawa pemikiran liberalisme semakin lama semakin memudarkan fahaman Islam di dalam diri umat Islam terutamanya di negara Arab yang dahulunya ‘suci’ dari segala anasir kebaratan. Ketahuilah bahawa ianya adalah tanda-tanda akhir zaman. Bertaubatlah selagi diberi kesempatan dan berpeganglah kepada kebenaran Islam sehingga akhir hayat seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau berpegang dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu al-Quran dan sunnahku”- Riwayat Bukhari.        


Sumber: CNBC Indonesia

Comments