AWAS ISLAMOFOBIA TURUT WUJUD DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA!!! CEGAH SEBELUM MENJADI PUNCA RETAK KEHARMONIAN NEGARA

 

Dalam pergelutan yang berlaku antara Palestin dan Israel pada masa kini terdapat banyak implikasi secara tersembunyi yang tidak diungkapkan kepada masyarakat umum. Israel sudah tentunya jelas merupakan musuh Islam yang tidak akan pernah berhenti untuk memerangi umat Islam, malah serangan yang dilakukan secara terang-terangan menggambarkan bahawa betapa megah dan angkuhnya mereka ‘mendabik dada’ melakukan tindakan keganasan. 

Walaupun peristiwa keganasan ini diketahui satu dunia, namun amat menyedihkan apabila semua pihak ‘membutakan mata memekakkan telinga’ termasuklah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Umat Islam terus ditindas tanpa kompromi, musuh Islam terus bermaharajalela tanpa simpati. Sedikit sebanyak ianya telah menyebarluaskan mesej bahawa kecenderungan Islamofobia itu semakin meningkat saban hari di seluruh dunia. Malaysia tidak terkecuali dalam rangka ini kerana kewujudan masyarakat plural di Malaysia menjadi potensi wujudnya Islamofobia dalam kalangan warganegara.

Contohnya, rentetan peristiwa Palestin-Israel tersebut sebuah akhbar Cina tempatan telah melaporkan bahawa sebuah masjid di Palestin yang didirikan hasil sumbangan rakyat Malaysia telah musnah akibat dibom tentera Israel. Amat mengejutkan apabila ianya mendapat reaksi ejekan dan ‘emoticon’ ketawa sebanyak 730 oleh rakyat Malaysia yang berbangsa Cina. Reaksi seperti ini amat membimbangkan kerana secara halusnya memperlihatkan bahawa ‘mereka’ juga tergolong dalam kalangan Islamofobia. Sedangkan mereka tidak sedar bahawa Malaysia juga adalah dikuasai oleh umat Islam, seharusnya lebih sensitif dalam isu ini demi kesejahteraan dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

Sedarlah bahawa bukan mudah Malaysia untuk mencapai kemerdekaan dan bukan mudah untuk kekal harmoni dalam masyarakat plural ini. Seharusnya kepelbagaian ini dijadikan satu kekuatan bagi Malaysia yang tidak terdapat di negara lain dengan kepelbagaian budaya, perayaan, bangsa dan agama. Keunikan ini seharusnya bersatu demi keharmonian dan kesejahteraan bersama. Maka bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia, saling hormat-menghormati antara satu sama lain kerana mana mungkin hidup di negara lain boleh hidup dengan aman dengan kepelbagaian ini. 

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – OKT 2023 dan Malaysia Sin Chew Daily – 12 OKT 2023


Comments