AWAS PENYELEWENGAN ZIONISME!!! MENJUSTIFIKASIKAN TINDAKAN KEJAMNYA BERASASKAN KANDUNGAN KITAB TAURAT


Rampasan tanah di Palestin dan pengusiran rakyat Palestin bukanlah satu perkara yang baru, tetapi ia adalah agenda terancang oleh rejim Zionis bermula sekitar akhir tahun 1800 tahun lagi. namun, apakah faktor utama yang menyebabkan terjadinya rampasan, penindasan dan jenayah apartheid di era moden kini?

Asas kepada pengambilan tanah Palestin adalah bersandarkan kepada ideologi keagamaan yang dipegang kuat oleh puak Zionis ini. Alasan utama yang digunakan adalah kononnya mereka hanya mengikut perintah seperti mana yang dirakamkan di dalam Kitab Taurat. Berdasarkan kandungan tersebut mereka menafsirkan bahawa tanah tersebut telah diberikan oleh Tuhan kepada Kaum Yahudi yang dihalau daripada Mesir sekitar 1400 sebelum masihi. Perkara ini juga dinyatakan juga dalam Kitab Bible versi Old Testament  dan penaklukan Palestin oleh Zionis ini sangat disokong dan diterima terutamanya oleh kumpulan penganut agama Kristian yang dikenali sebagai Christian Zionism. 

Oleh sebab itulah negara-negara Kristian walaupun dari dominasi yang berbeza tidak menentang rampasan tanah Palestin dan kewujudan negara Israel kerana asas keperluan penubuhan negara Yahudi tersebut dikongsi oleh penganut kedua-dua agama. Sedangkan mereka menyalahtafsirkan kandungan kitab tersebut dan bertindak kejam berasaskan kepentingan dan hawa nafsu semata-mata. Maka situasi terkini di Palestin bukanlah perkara baru, para laknatullah itu meneruskan misinya dalam memerangi rakyat Palestin tanpa membatasi etika peperangan sehingga terbunuh masyarakat awam termasuk kanak-kanak, orang tua, wanita, segala fasiliti kebajikan dan lain-lain menunjukkan secara halusnya Zionis cuba membuat penghapusan etnik secara total. 

Ambillah iktibar dari kisah ini, bahawa musuh-musuh Allah tidak akan pernah membiarkan umat Islam bersenang-lenang di atas muka bumi melainkan memeranginya demi kepentingan dan hawa nafsu mereka. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 120, maksudnya:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)."

Sumber: Penulisan pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan –USIM


 

Comments