INSIDEN KEBAKARAN MASJID DI SWEDEN MENYEMARAKKAN LAGI SENTIMEN ISLAMOFOBIA DAN DISKRIMINASI TERHADAP UMAT ISLAM
Beberapa bulan lepas, Sweden menggemparkan dunia dan umat Islam dengan pembakaran al-Quran oleh seorang pemuda aktivis. Kini, tercetus pula pembakaran sebuah masjid di Sweden iaitu Masjid Eskilstuna yang disyaki gara-gara perbuatan hianat. Tindakan ekstrem seperti ini adalah disebabkan oleh sentimen Islamofobia sehingga sanggup bertindak ganas demi memuaskan hati dan kepentingan sendiri sedangkan sterotaip ini tidak berasas kepada fakta yang jelas dan tanpa kajian terperinci, namun hanya bergantung kepada propaganda Barat yang sememangnya menganggap Islam sebagai ancaman kepada agama dan bangsanya.
Penularan Islamofobia yang membawa nilai benci, stereotaip negatif dan prejudis terhadap Islam dan Muslim menerusi kandungan media Barat telah membimbangkan pelbagai lapisan masyarakat khususnya di Malaysia. Antara penerbitan yang menimbulkan kontroversi ialah “Innocence of Muslim” yang telah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam terhadap golongan yang dilihat sentiasa memprovokasi masyarakat Islam. Berdasarkan kajian-kajian berkenaan Islamofobia, sebahagian besar negara-negara di dunia begitu obses dengan kandungan media yang mengadvokasi Islamofobia daripada pihak Barat.
Pola yang mulai ketara boleh dilihat dalam industri perfileman masa kini adalah watak-watak jahat dalam filem-filem 'Hollywood' telah bertukar daripada komunisme kepada terorisme terutama semenjak peristiwa 11 September 2001. Inilah cabaran yang perlu diatasi terutamanya oleh Malaysia memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Sedarlah bahawa bukan mudah untuk mendapat kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah negara, maka peliharalah sebaiknya dan janganlah mudah termakan dengan propaganda-propaganda media Barat yang cuba menyeterukan.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre – SEP 2023, The Merdeka Times-28 SEP 2023
Comments
Post a Comment