JANGAN PERNAH BERHENTI BERJUANG - TEKADKAN SEMANGAT JIHAD YANG TAK PERNAH HENTI BUAT P4L3STIN

 

Semakin hari, masyarakat dunia sudah mula celik mata dan terbuka mindanya untuk memerangi kejahatan zi0ni5 yang tidak pernah berhenti. Ini bukan soal keganasan ataupun ekstremis agama seperti yang difitnah oleh rejim Isr43l, tetapi ia tentang soal kemanusiaan. 

Masakan tidak, sudah terang lagi bersuluh, rejim zi0ni5 telah melanggar semua jenis perang yang termaktub dalam Geneva Convention dan Statut Rom. Mereka dengan sengaja menyasarkan orang awam, fasiliti-fasiliti kesihatan dan bantuan kemanusiaan, bahkan dengan sengaja membunuh sembilan kakitangan yang bekerja di bawah Persatuan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB). Apakah ini masih dikatakan tidak zalim? Memang benar janji Allah SWT di dalam surah al - Israa' ayat 4 yang bermaksud: 

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau." 

Maka dari itu, tekadkan keazaman kita dalam membantu rakyat P4l3stin di G4z4 dengan apa jua bantuan baik dari segi doa dan bantuan kemanusiaan. Ambillah
Ibrah (pengajaran) dari usaha seorang remaja berusia 15 tahun berasal dari Muar, Johor yang mencipta solidariti secara maya di dalam permainan 'Roblox' yang mendapat pujian di seluruh dunia. 

Ingat, jihad P4l3stin adalah jihad kita. Jika bukan kita siapa lagi yang mampu membantu? Allah SWT berfirman: 

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)." (QS al - Maidah: 2). 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Comments