Rentetan daripada peperangan yang dihadapi oleh saudara Islam di Palestin yang telah mengorbankan banyak nyawa, sudah pasti ramai masyarakat Islam khususnya di Malaysia tertanya-tanya mengapa Malaysia tidak menghantar bantuan ketenteraan untuk membantu Palestin, sedangkan Malaysia atas nama agama dan perikemanusiaan sudah tentu memihak sepenuhnya pada Palestin dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan Israel?
Hal ini kerana Malaysia terikat dengan perjanjian di bawah Pergerakaan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang dilindungi hak daripada dijajah dan tertakluk di bawah undang-undang tubuh NAM dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini bermakna sekiranya Malaysia mula memberi bantuan kepada Palestin atau mana-mana negara dari segi kekuatan ketenteraan atau senjata, maka:
1- Perlindungan NAM tersebut secara automatik akan terbatal.
2- Jika ada negara yang menyerang Malaysia, maka Malaysia tidak akan mendapat bantuan dari negara di bawah NAM.
Seharusnya tentera Malaysia boleh dihantar ke luar negara, namun tujuannya bukanlah untuk berperang, sebaliknya sebagai pengaman melalui PBB dan bukannya secara sendirian. ini bermakna Malaysia tidak boleh bertindak sesuka hati kerana setiap negara terikat dengan undang-undang antarabangsa.
Namun, sebagai rakyat Malaysia, sebagai umat Islam, janganlah bersedih kerana jumhur ulama telah bersepakat menafsirkan makna jihad bukanlah sekadar pergi berperang, namun jihad merangkumi makna yang lebih luas. Sekiranya jihad hanya bertujuan semata-mata untuk berperang, maka ia sudah terkeluar dari makna jihad itu sendiri. Ia bukan lagi boleh disebut jihad, tetapi ianya adalah perbuatan yang keji yang ditolak oleh syariat dan aturan Islam. Sebaliknya memberi sumbangan (duit, ilmu, kepakaran dll.), menawarkan rawatan, memberi sokongan solidariti juga sebenarnya adalah satu satu jihad yang kita boleh perjuangkan untuk Palestin dan mana-mana negara mahupun umat Islam yang memerlukan. Fahamilah sejarah, dampingilah ilmu, pelajarilah akidah dan syariat supaya tidak tersalah langkah dalam segala sudut dan tidak terlanjur membuat keputusan.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –OKT 2023, Task Force Perisai Wira ATM, Buzz Kini- OKT 2023
Comments
Post a Comment