USAH CETUS PROVOKASI EKSTREMIS!!! UNDANG ANCAMAN KESELAMATAN, MEMPENGARUHI EKONOMI DAN KESTABILAN POLITIK NEGARA


Ektremisme merupakan satu konsep perlakuan yang berkaitan dengan tindakan melampau ekoran daripada ideologi dan ketaksuban fahaman sehingga mampu menganggu-gugat kestabilan politik, sosial dan ekonomi. Ia turut berkait dengan konsep radikalisme yang merujuk kepada suatu sikap membawa kepada proses drastik untuk melemahkan penguasaan politik semasa.

Hal inilah yang berlaku di dalam negara beberapa hari lepas apabila di sebuah pusat membeli belah di Johor didakwa telah menerima panggilan daripada pihak yang tidak dikenali menggugut telah meletakkan bom kerana tidak berpuas hati dengan pendirian kerajaan Malaysia yang menyokong Palestin. Provokasi ektremis ini telah mencetuskan ketidak tenteraman dalam kalangan masyarakat dan menimbulkan rasa takut atas ancaman tindakan keganasan tersebut. 

Sedangkan secara terang-terangan Israel yang ‘mengisytiharkan peperangan’ terhadap kawasan yang jelasnya bukan miliknya dari asal, namun memerangi warganegara malah menuntut tanah itu sebagai miliknya. Ditambah pula dengan saluran media antarabangsa seperti British Broadcasting Corporation (BBC) yang menyebarluaskan propaganda memihak kepada Israel, Syarikat Meta yang memadamkan apa sahaja kandungan yang memihak kepada Palestin, pembisuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sebagainya menguatkan lagi andaian bahawa secara tidak langsung mereka juga berfikiran ekstremis. Namun tindakan mereka ini diterjemahkan secara halus iaitu melalui penyebaran yang mampu mendoktrinkan pemikiran masyarakat dunia tanpa sedar.

Malaysia boleh mewujudkan keharmonian seandainya mampu menguruskan empat perkara utama yang saling berkait antara satu sama lain iaitu politik, ekonomi, perpaduan dan keselamatan. Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia yang telah menjalani kehidupan dalam masyarakat majmuk seharusnya lebih menghargai antara satu sama lain biarpun berlainan bangsa, agama dan budaya. Usah cetuskan provokasi atas sikap ektrem terhadap sesuatu pegangan kerana ia bakal memberikan kesan yang buruk pada keselamatan, ekonomi dan politik negara. Ekoran itu, rakyat terjejas, malah patriotisme juga bakal hilang dan kemerdekaan negara mudah tergadai.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia- OKT 2023, MalaysiaGazett  – 14 OKT 2023 dan Jurnal Sosial Ilmu Politik, Vol.1(1) – Universitas Hasanuddin


 

Comments