BERDOA UNTUK GAZA DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH!!! CUBAAN ARAB SAUDI PIMPINAN RAJA SALMAN KE ARAH LIBERAL SEMAKIN JELAS ?
Arab Saudi dahulu bukanlah yang sekarang. Itulah gambaran negara Islam Arab Saudi yang cuba dibawa oleh Raja Mohammed bin Salman seolah-olah ingin menunjukkan kepada dunia bahawa mereka tidak lagi mengamalkan sistem konservatif. Misalnya sebuah pantai yang menjadi tumpuan dunia iaitu ‘Pure Beach’ kerana buat pertama kali memberi kebebasan kepada pengunjung wanita untuk berseronok walau bukan dengan mahram sambil berbikini dan berpelukan dengan pasangan yang diiringi dengan muzik yang sebelum ini dilarang untuk dipasang.
Langkah drastik yang ditonjolkan oleh negara yang menjadi kiblat umat Islam seluruh dunia ini turut melucutkan undang-undang yang melarang wanita memandu, melucutkan kebenaran bagi polis syariah melakukan serbuan ke atas orang di tempat awam, membenarkan konsert dengan penonton lelaki dan wanita, pawagam yang tidak diasingkan tempat lelaki dan wanita dan sebagainya.
Kini lebih menyedihkan apabila jemaah yang melakukan ibadah umrah di Mekah mahupun Madinah dilarang berdoa untuk Gaza mahupun mempamerkan sokongan untuk Palestin. Mereka yang berbuat demikian akan ditangkap atas tuduhan jenayah dan kesalahan lain, kemudian di soal siasat. Memakai mafla Palestin juga dianggap sebagai satu kesalahan dan ditahanan polis Arab Saudi menyatakan bahawa “ini tidak bagus, Israel-Palestin tidak bagus, jadi jangan pakai, tidak dibenarkan.” Seorang jemaah Algeria juga menceritakan pengalamannya ditahan di Madinah lebih enam jam hanya kerana berdoa untuk rakyat Palestin. Beliau telah dirampas telefonnya dan diarahkan untuk memadam video yang dirakamnya ketika berdoa untuk rakyat Gaza sebelum dibawa ke balai Polis. Dilayan seperti penjanayah dan diberitahu ditahan kerana bersimpati dan mendoakan Palestin serta diambil cap jari. Begitu juga dengan seorang jemaah wanita Indonesia yang ditahan kerana mempamerkan bendera Palestin di tudungnya.
Perkara ini memperlihatkan bahawa, ini adalah cubaan Raja Mohammed bin Salman ingin membawa Arab Saudi ke arah liberal atas alasan ingin lari dari stigma berpegang kepada agama yang konservatif. Sedangkan agama itu adalah syariat yang harus dipertahankan, budaya disesuaikan dengan apa digariskan agama, bukannya demi menepis tanggapan dunia habis semua agama digadaikan, kebebasan tanpa sempadan diamalkan kononnya untuk menunjukkan sebagai sebuah agama yang maju sedangkan mereka telah termakan dengan ideologi Barat yang mengagungkan liberalisme dan akhirnya terpesong akidah. Nauzubillahi min zalik.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –NOV 2023
Comments
Post a Comment