‘GENOCIDE’ ANTARA KAEDAH PENGHAPUSAN ETNIK YANG SERING DILAKUKAN KEPADA UMAT ISLAM


Perpesktif kejadian yang berlaku di Palestin dan negara-negara Islam yang lain seperti Burma, China, Thailand dan Filipina secara zahirnya adalah tindakan keganasan yang dilakukan khusus terhadap umat Islam, namun jika diteliti sebenarnya ianya adalah cubaan untuk menghapuskan etnik (ethnic cleansing) Islam di muka bumi. 

Apabila dilihat dari kerangka bangsa dan agama, hakikatnya inilah yang dinamakan sebagai rasisme. Biarpun perspektif ini sering dinafikan kerana dikatakan sebagai satu perspektif negatif, namun begitu inilah realiti yang terjadi di negara-negara tersebut dan terkini kejadian terburuk berlaku di Palestin kononnya agenda teroris Israel untuk menunaikan hasrat memiliki ‘tanah yang dijanjikan’ berasaskan kitab lama taurat, sedangkan mereka ingin menghapuskan semua umat Islam di Gaza dan kerana itu segala adab peperangan tidak dijaga dan layaklah digelar sebagai teroris. 

Antara kaedah penghapusan etnik termasuklah ‘genocide’ atau pembunuhan beramai-ramai.  Sepertimana yang berlaku sekarang, jelas Israel sedang menjalankan ‘genocide’, mempunyai projek menghalau keluar semua warga Gaza dengan menghentikan bekalan keperluan seperti air, elektrik, perubatan, internet dan sebagainya. Dari udara kapal mengebom. Dari sempadan meriam membedil. Gaza sedang dikepung. Semua ini untuk memastikan warga Gaza lari meninggalkan tanah air mereka.

Sempadan di selatan Gaza – di Rafah kini dibuka. Wilayah ini bersempadan dengan Mesir. Tujuan menghalau warga Gaza ini ialah untuk memastikan mereka masuk ke wilayah Mesir dan menjadi orang pelarian perang. Ini sebenarnya ulang tayang Nakba. Penghalauan sedemikian pernah berlaku pada tahun 1948 dahulu. Inilah caranya kaum Zionis menjajah Palestin. Israel membantai warga Palestin. 

Justeru itu, muhasabahlah diri supaya tingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT kerana hanya Allah SWT tempat kebergantungan dan Maha Berkuasa membantu hamba-hambanya. Jangan pernah meragui kekuasaan Allah, tetaplah bersolidariti dengan cara kita di Malaysia, moga sedikit amalan kita dapat membantu saudara-saudara se-Islam kita dimana sahaja mereka berada khususnya di Palestin. Ingatlah bahawa musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti menyakiti umat Islam.

Sumber: Persatuan Belia Islam Nasional dan malaysianow.com


 

Comments