Isu memboikot barangan bukanlah perkara yang baharu. Malah, sudah banyak kempen memboikot barangan negara – negara yang pernah menghina agama Islam sudah dilancarkan di negara ini, sebagai contoh Sweden. Namun, berbeza pada kali ini apabila kempen memboikot barangan dari Isr43l dilancarkan secara besar – besaran dek kerana konflik pertempuran P4l3stin dan rejim zi0ni5 yang sudah memasuki hari ke -30. Hakikat sebenarnya hak memboikot itu adalah hak individu.
Secara umumnya, dalam seruan boikot produk dan perkhidmatan yang berorientasikan Isr43l, pihak yang terlibat melakukan kempen secara agresif tanpa mempertimbangkan sisi maslahah dan mafsadah kepada pihak lain di samping tanpa melihat latar belakang sesuatu syarikat secara lanjut. Secara nyatanya, memang terdapat produk dan perkhidmatan milik orang Yahudi dan Isr43l. Mereka terbahagi kepada dua, iaitu golongan yang menyokong serangan atas P4l3stin dan golongan yang tidak menyokong serangan. Di samping itu, ia turut melibatkan syarikat francais.
Terdapat syarikat francais yang mempunyai pendirian yang berbeza dengan syarikat induk dan tidak menyokong serangan, sebagai contoh rangkaian restoran makanan segera terbesar Mc Donalds Malaysia yang menyumbang kepada tabung P4l3stin. Selain itu, wujud juga syarikat bukan milik Isr43l, tetapi kalangan mereka ada yang menyalurkan dana dan ada yang menyatakan sokongan kepada pihak Isr43l.
Dalam situasi ini, pemboikotan terhadap pihak yang menyokong serangan, menyalurkan dana dan yang terang-terang menyokong rejim Isr43l adalah jelas. Kita boleh bersepakat untuk memboikotnya, tetapi dalam keadaan yang melibatkan syarikat berasaskan francais dari luar negara, pertimbangan berasaskan maslahah dan mafsadah perlu diambil kira. Para ulama telah menggariskan bahawa hukum boikot sebagai pembelaan terhadap bumi P4l3stin dan Baitul Muqaddis adalah bersifat fardu ain. Ramai ulama yang menfatwakan tentang kewajipan untuk memboikot produk dan perkhidmatan yang menyalurkan bantuan kepada Isr43l kerana ia sebahagian daripada jihad fi sabilillah.
Akan tetapi, dalam konteks semasa, tindakan memboikot ini perlu diteliti dengan mendalam dan tidak boleh digeneralisasi kerana ia boleh menimbulkan kesan berantai terhadap ramai pihak yang tidak bersalah. Ini kerana Islam adalah agama yang menitikberatkan maslahah, iaitu mendatangkan manfaat dan menghindari kemudaratan. Islam menolak mafsadah kerana ia membawa kepada kerosakan dan kemudaratan kepada manusia.
Jadi, dalam tindakan boikot terhadap produk syarikat francais yang berada di Malaysia, yang mana mereka tidak menyokong serangan pihak Isr43l ke atas rakyat P4l3stin perlu dibuat pertimbangan yang adil dan jernih, bukan sekadar desakan populis, sentimen semasa dan ledakan emosi semata-mata. Sekiranya tindakan boikot ingin juga dilakukan, nasib mereka yang terkesan terutama para pekerja dan pencari nafkah perlu dibela dengan menawarkan bantuan pekerjaan yang lebih baik agar dapur mereka terus berasap dan tiada yang kebuluran. Sabda Rasulullah SAW:
“Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim).
Sumber: Blog Aku Muslim
Comments
Post a Comment