JENAYAH PERANG ISRAEL ADALAH JELAS, NAMUN MENGAPA TIDAK ADA YANG BERANI MEMBAWA MEREKA KE MUKA PENGADILAN?
Menteri Luar Israel, pada 18 Oktober 2023 juga mengumumkan bahawa pada akhir perang ini bukan sahaja Hamas tidak lagi berada di Gaza, tetapi wilayah Gaza juga akan mengecil, semua warga Gaza dihalau keluar. Air dihentikan, elektrik dipotong, dari udara kapal mengebom, dari sempadan meriam membedil, Gaza dikepung yang semua ini untuk memastikan warga Gaza lari meninggalkan tanah air mereka. Ini adalah ulang tayang peristiwa Nakba pada tahun 1948.
Hal ini jelas bahawa Israel didirikan melalui keganasan. Bala tentera Israel masih mengepung Gaza. Presiden Biden telah datang ke Israel untuk menyatakan sokongan Amerika kepada Israel. Walaupun amat jelas apa yang dilakukan oleh Israel adalah jenayah perang dan jika mengikut perundangan antarabangsa ‘Geneva Convention’, Israel boleh dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Belanda.
Namun, ianya mustahil akan berlaku walaupun jenayah perang Israel amat jelas. Sekolah, masjid dan hospital yang dibom adalah jenayah perang. Gaza sedang dikepung oleh bala tentera Israel dan memaksa warga kebulur kelaparan juga adalah jenayah perang. Namun, dimanakah negara-negara Islam yang kuat seperti Arab Saudi dalam mempertahankan Palestin? Bukan kata hendak memberikan bantuan, tetapi langsung tidak dilihat mengeluarkan apa-apa kenyataan menunjukkan sokongan kepada Palestin. Mengapakah?
Inilah yang dikatakan sebagai kerana habuan dunia, agama digadai. Demi kepentingan diri, segalanya hendak dipolitikkan tanpa ada sedikit gusarpun untuk membantu umat Islam yang lain. Justeru itu, sebagai umat Islam yang jauh dari Palestin, tetaplah menunjukkan sokongan padu kepada warga Palestin dalam apa jua bentuk sekalipun tidak pergi berperang. Boikot adalah salah satu caranya dan nampaknya ia turut memberi kesan buruk kepada bala yang menyokong Israel. Moga usaha kecil ini membuahkan pahala dan dapat memberikan bantuan kepada warga sesama Islam.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – NOV 2023 dan Hishamuddin Rais – Malaysia Now
Comments
Post a Comment