UMAT ISLAM MENCABAR UNDANG-UNDANG ISLAM UMPAMA MEMPERTIKAIKAN SYARIAT DAN MEMBUKA RUANG BERLAKUNYA KERUNTUHAN AKIDAH GENERASI AKAN DATANG

Kes Nik Elin iaitu seorang peguam Melayu-Islam yang telah mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dalam usaha membatalkan 20 peruntukan kini kembali hangat menjadi perbualan susulan kira-kira 300 pertubuhan bukan kerajaan berkaitan Islam mendesak pindaan Perlembagaan dibuat segera bagi mengelakkan peruntukan jenayah syariah di negara ini dicabar sesuka hati dan lebih buruk berisiko dibatalkan. 

Rentetan itu, biarpun kes ini dicabar di Mahkamah Sivil dan tertakluk di bawah bidangkuasa Persekutuan seperti mana yang terkandung di dalam Perlembagaan, namun kerajaan negeri perlu proaktif dalam mengambil inisiatif untuk mempertahankannya lebih-lebih lagi apabila isu yang dipertikaikan adalah berakait dengan undang-undang mengenai kesalahan mengikut undang-undang Islam. Bukan hanya Majlis Agama Islam (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sahaja yang bertanggungjawab dalam isu ini, bahkan kerajaan negeri perlu juga berganding bahu mempertahankannya apabila timbulnya pertikaian kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN).

MAIN sebagai penasihat kepada Sultan, perlu mengambil tindakan proaktif dengan segera menyampaikan syor bersesuaian kepada Sultan. Pada masa yang sama, semua pihak terbabit dalam penggubalan undang-undang dan dasar negeri perlu sentiasa berhubung supaya tindakan diambil itu menepati hasrat perundangan Islam. Tindakan seragam dapat memperlihatkan kesatuan dalam kalangan negeri berkaitan hal ehwal Islam, bukan sahaja perundangan Islam. Walaupun keseragaman mungkin sukar diperoleh, tidak mustahil ia dapat dicapai demi kepentingan Islam dan perundangan Islam itu sendiri. 

Jika ‘bergabungnya’ perpaduan Raja dan rakyat dalam mempertahankan Islam secara jitu, maka pihak mana lagi yang berani tampil mempertikaikan syariat Islam? Seharusnya ilmu di dada untuk diamalkan dan mencari solusi permasalahan demi kemaslahatan umat dan agama, bukan digunakan untuk menunggang agama demi kepentingan diri menegakkan agenda Barat berkenaan hak kebebasan dan mengadaptasi liberalisme dalam kehidupan. Akibatnya buruk pada generasi akan datang.  Renung-renungkan.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –NOV 2023 dan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim -UIA

Comments