BEZANYA AKIDAH SYIAH DENGAN SUNNI PADA HAL- HAL PRINSIP MENYEBABKAN SYIAH BUKAN SEBAHAGIAN ISLAM MALAH MENYESATKAN

 

Masih ramai dalam kalangan umat Islam yang menganggap perbezaan Sunni dan Syiah hanya bersangkutan perkara-perkara berkaitan cabang agama seperti perbezaan antara sesama mazhab Sunni yang empat iaitu Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali. Namun, sesuatu yang perlu difikirkan adalah mengapa dalam golongan sesama mazhab Sunni yang empat tidak kedengaran isu dakwah mendakwah antara satu sama lain walaupun mereka saling berkhilaf?

Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia sendiri, penganut mazhab Syafie yang menjadi majoriti umat Islam di negara ini tidak pernah mendakwah penganut mazhab Hanafi yang kebanyakannya adalah golongan India Muslim supaya meninggalkan mazhab Hanafi dan memeluk mazhab Syafie. Malah tidak kedengaran pun dalam kalangan penganut dua mazhab ini yang telah bertukar ke mazhab lain. Bahkan di Kuala Lumpur turut terdapat masjid yang dikhususkan buat kaum India Muslim yang bermazhab Hanafi dan penganut mazhab Syafie turut bersolat jemaah di masjid tersebut tanpa ada sebarang prejudis dan prasangka negatif.

Walhal perkara sebaliknya berlaku dalam hubungan antara penganut Sunni dan Syiah. Sejarah juga membuktikan bahawa pertelingkahan yang membawa perbalahan dan peperangan pasti akan berlaku sekiranya terdapat hasutan dari penganut Syiah terhadap golongan Sunni untuk memeluk Syiah. Hal ini kerana Syiah tidak menganggap perselisihan mereka dengan golongan Sunni sebagai isu cabang, sebaliknya isu pokok iaitu yang melibatkan soal akidah.

Syiah lebih memesongkan apabila mereka menokok tambah perkara prinsip dalam agama dengan menyatakan keimanan terhadap imam-imam Syiah itu adalah rukun Islam yang pertama. Hal rukun pun sudah berbeza. Belum lagi kenyataan Syiah yang mengkafirkan para Sahabat atau menuduh al-Quran tidak lengkap. Hal-hal prinsip sebeginilah yang perlu difahami oleh umat Islam bahawa Syiah bukanlah sebahagian daripada mazhab dalam Islam. Tidak langsung menghampiri, malah jauh sekali akidah pegangan Syiah dengan Sunni yang berpegang kepada ajaran Islam sebenar berasaskan al-Quran dan Nabi Muhammad SAW.

Sumber: academia.edu: Akidah Syiah di Malaysia


Comments