ELAKKAN DIRI DARI TERPENGARUH DENGAN IDEOLOGI ATEISME!!!MENUDUH AGAMA SEBAGAI SATU BENTUK PENINDASAN DAN KEZALIMAN


Ateisme telah menjadi pegangan sebilangan manusia sejak sekian lama. Tokoh-tokohnya dari zaman tamadun Greek lagi telah mengemukakan idea ateisme mengenai tiada kepercayaan terhadap kewujudan Tuhan atau dewa. Mereka hanya berpegang dengan logik akal semata-mata dan ideologi ini diteruskan oleh tokoh-tokoh Barat sehinggakan pada zaman Renesaince kanak-kanak yang dilahirkan tidak tahu akan kewujudan Tuhan.

Hal ini kerana ideologi ateisme telah dipropagandakan kepada masyarakat awam dengan menuduh agama adalah suatu bentuk penindasan serta kezaliman yang melemahkan munculnya kebenaran. Tidak kira apa jua agama termasuklah Islam mahupun Kristian perlu dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina alam agar manusia menjadi Tuhan. Pemikiran sebeginilah yang menjadi dasar kepada golongan ateis pada zaman moden untuk ‘beriman’ dengan sains sahaja sebagaimana slogan ‘New Atheism’: “Tiada syurga, tiada neraka, hanya sains”.

Namun, pengaruh ateisme sehingga ke Tanah Melayu dan melibatkan khususnya remaja Melayu-Islam kini berada pada tahap membimbangkan. Perkembangan pesat ini sudah tentu dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman dan luaran yang memerlukan kajian dan penelitian lebih mendalam. Melalui kajian dan penelitian tersebut, satu kaedah yang sistematik dan menyeluruh perlu difikirkan bersama bagi membendung gejala ateisme dan ideologi moden yang lain dari terus menular mempengaruhi umat Islam. 

Jika tiada sebarang usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh, diyakini jumlah ateis di Malaysia akan terus meningkat lebih ramai lagi pada masa hadapan. Perkara sebegini tidak seharusnya dibiarkan berlaku di bumi Malaysia yang mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan. Renung-renungkan.  

Sumber: Risalah Isu Semasa Ateisme: Satu Penelitian Awal - JAKIM

Comments