KONFLIK MELANGGAR NILAI KEMANUSIAAN TIDAK MELAMBANGKAN KETAMADUNAN BANGSA DAN NEGARA

 

Ketamadunan kini sudah mencapai perkara yang mustahil, malah sudah mampu menjejakkan kaki ke bulan, tetapi masih gagal menghentikan penindasan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Palestin. Adalah mustahil mencari sesuatu perkataan yang boleh menggambarkan kekejaman dan kemusnahan yang dilakukan setiap hari terhadap rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak dan orang awam.

Di sebalik protes, demonstrasi dan boikot yang berlaku di seluruh dunia, ia nyata tidak memberi kesan kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk menghentikan kekejaman Israel. Sememangnya semua pihak tidak boleh meletakkan harapan kepada Israel untuk menghentikan kekejaman itu, tetapi sekurang-kurangnya negara-negara yang bertamadun perlu berbuat sesuatu kerana mereka boleh membawa perubahan.

Seluruh dunia menyaksikan bahawa apa yang berlaku di Gaza bukanlah satu peperangan, sebaliknya satu pembunuhan beramai-ramai. Konflik tersebut telah melanggar segala nilai kemanusiaan. Manusia kini tidak lagi mempunyai hak untuk mengaku sebagai bangsa bertamadun, sebaliknya menjadi orang gasar. Renung-renungkan.

Sumber: Dr. Mahathir Mohamad


Comments