MASALAH ADAB DI KALANGAN UMAT AKHIR ZAMAN SEMAKIN PARAH : PERBAIKI DIRI AGAR SENTIASA BERAKHLAK MULIA

 

Akhir zaman ini, perlakuan umat akhir zaman semakin membimbangkan. Daripada kelakuan hinggalah kepada adab yang ditunjukkan, baik lelaki mahupun wanita, semuanya sudah seakan hilang rasa malu dan segan. Malah, mereka merasa bangga dengan "adab" yang ditonjolkan dan merasakan diri mereka terlalu hebat. 

Antara masalah adab yang dihadapi oleh umat akhir zaman pada hari ini adalah: 

1) Bercakap kasar bila menuntut hak.
2) Kurang "eye contact" bila bercakap dengan orang lain.
3) Tidak pandai menghormati perasaan orang lain.
4) Memilih untuk beradab dengan orang berdasarkan matrealistik.
5) Guna perkataan kesat bila tidak setuju dengan sesuatu perkara. 

Bukankah di dalam Islam menuntut umatnya agar berakhlak mulia? Akhlak yang baik adalah sesuatu yang tidak dapat disembunyikan kelebihannya dalam Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap individu Muslim menzahirkannya dan perbuatan seperti ini sesuatu yang dipuji Allah SWT sebagaimana pujian-Nya terhadap Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang terpuji." (QS Al - Qalaam: 4). 

Bahkan dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: 

"Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik." (HR At - Tirmidzi). 

Oleh itu, sebagai umat Islam yang berpegang teguh dengan al - Quran dan As - Sunnah kita mesti perbaiki diri kita dengan akhlak yang mulia kerana ianya sebuah tuntutan agama dan kita wajib mempunyai budi pekerti yang mulia sebagaimana yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW. 

Ingatlah bahawa setiap umat Islam adalah duta kepada agama Islam. Jangan sesekali merosakkan reputasi agama dengan kelakuan kita. 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


Comments