‘MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG’ : TARBIAH ISLAM DARI KECIL MENJADI BENTENG DARI KERUNTUHAN MORAL DAN AKHLAK SEPERTI MURTAD
Keruntuhan moral dan akhlak dalam kalangan masyarakat terutama Melayu-Islam sangat membimbangkan dewasa ini. Antara keruntuhan moral yang ketara ialah isu murtad atau disebut sebagai riddah. Pengaruh media massa yang menghidangkan pelbagai budaya dan gaya hidup menjurus kepada gejala murtad. Selain itu, ia juga boleh berlaku disebabkan kelemahan pegangan terhadap agama Islam itu sendiri yang berpunca daripada kurang tarbiah, didikan dan asuhan daripada ibu bapa serta keluarga mereka.
Justeru pendekatan untuk mengekang penularan hal sebegini memerlukan kepada penghayatan dan pendidikan serta tarbiah Islamiah sejak dari kecil. Oleh itu, ibu bapa disarankan supaya melengkapkan diri anak dengan ilmu fardhu ain yang mantap merangkumi pengajaran mengenai akidah, ibadat dan akhlak. Tunjukkanlah teladan yang baik kepada mereka dengan mentaati perintah Allah SWT.
Namun, negara menyaksikan bahawa tidak ada peruntukan yang jelas mengenai isu murtad ini sama ada dari segi kedudukan individu keluar agama menurut kaca mata undang-undang dan juga prosedur berkaitan dengannya. Oleh itu, sudah sampai waktunya hal ini dibincangkan secara terbuka. Bukan hanya pihak JAKIM sahaja yang perlu terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan akidah dan pegangan umat, tetapi semua umat Islam perlu memikul tanggungjawab bersama bagi memelihara kesejahteraan Islam.
Sumber: Pertubuhan Ilmuwan dan Cendiakawan Islam Malaysia (ILMAN)
Comments
Post a Comment