SEJARAH UNTUK DIPELAJARI BUKAN DIULANGI!!! MUSUH ISLAM TIDAK AKAN PERNAH BERHENTI 'MEROSAKKAN' AGAMA ISLAM DAN UMATNYA

 

Mengikut sejarah, pengutusan pertama mubaligh Kristian ke negara-negara Islam adalah daripada aliran Gereja Protestan dan bukan dari aliran Gereja Roman Katolik. Namun, itu bukan menjadi persoalan utama kerana keduanya boleh bersatu memerangi Islam. Orang pertama yang mengetuai gerakan Kristianisasi ialah Raymond Lull atau Ramon Llul yang bertekad mempelajari Bahasa Arab bersungguh-sungguh dan kemudiannya muncul di negara-negara Islam untuk berdialog dengan ulama-ulama Islam.

Tersebarnya mubaligh Kristian di seluruh dunia selepas bermulanya pengutusan ,'The Missionary Society of London'. Pada peringkat permulaan mereka tidak menentukan siapakah sasaran utama misi Kristianisasi ditujukan sama ada disebarkan kepada penganut Hindu atau Muslim. Namun, akhirnya mereka mencapai kata putus untuk menumpukan perhatian kepada kanak-kanak dan kelompok masyarakat yang hidup susah dan fakir miskin dengan menghulurkan bantuan serta melakukan usaha-usaha kebajikan meliputi segenap lapisan masyarakat terutamanya masyarakat Islam.

Secara perlahan dan berperingkat, missionari Kristian mula memainkan peranan dengan munculnya propaganda melalui tulisan, kitab, syarahan atau kuliah disebar dan disampaikan di tempat-tempat awam. Sebagai contoh, Karl Gottlieb Pfander yang sangat aktif pada suatu masa dahulu melaksanakan dakyah Kristian dan memburukkan ajaran Islam dengan syarahan, penulisan dan dialog serta debatnya. Perkara ini telah mendatangkan kegusaran ulama serta cendiakawan Islam dan menyebabkan mereka bangkit mempertahankan Islam melalui usaha penerangan, penulisan, dialog dan debat. Inilah sedikit sebanyak sejarah bermulanya gerakan Kristianisasi dengan tujuan yang jahat untuk memurtadkan umat Islam.

Sumber:  Jurnal Hadhari, Vol. 5(2), 2013 – JAKIM/UKM/KUIS


Comments