Kebanyakan ajaran sesat dan menyeleweng daripada Islam yang muncul selepas Nabi Muhammad SAW adalah mereka mengaku sebagai nabi atau rasul. Jika melihat kepada budaya masyarakat Arab, mereka hidup dalam kelompok atau kabilah. Ketua atau pemimpin kelompok atau kabilah biasanya individu yang paling berpengaruh kedudukannya sama ada dari keluarga terhormat, ternama atau berharta. Justeru dakwaan sebagai nabi atau rasul pada ketika itu dianggap sebagai bentuk baharu dalam mendapatkan pengikut dan kedudukan.
Maka tidak hairanlah munculnya ajaran sesat yang menyeleweng dari Islam kerana dipercayai dibawa masuk oleh penganut-penganut dari negara-negara asal timbulnya ajaran sesat tersebut atau rakyat tempatan yang kembali semula ke Malaysia setelah belajar atau menetap di luar negara. Antara faktor-faktor lain adalah wujudnya golongan musuh-musuh Islam yang ingin meruntuh ajaran Islam dengan mengubah, menyeleweng dan merosakkan ajaran Islam. Selain itu, ajaran sesat wujud disebabkan adanya individu-individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, pengaruh, pangkat, harta dan sebagainya.
Justeru itu, umat Islam berwaspadalah dengan pengaruh-pengaruh yang menyelewengkan akidah kerana musuh-musuh Islam tidak akan duduk diam dan mereka sentiasa berusaha menghapuskan Islam. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah as-Saff, ayat 8, maksudnya:
“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).”
Sumber: Majlis Agama Islam Selangor
Comments
Post a Comment