Gerakan Kristianisasi adalah sebuah gerakan yang bertujuan untuk mengkristiankan individu mahupun masyarakat. Pada masa yang sama mengkristiankan amalan dan budaya asal tempatan. Secara umumnya, semenjak zaman imperialisme (zaman penjajahan dan penguasaan terhadap negara-negara kecil oleh kuasa-kuasa asing), sememangnya negara-negara Barat bermula dari Portugis hinggalah ke British cuba menguasai duniadan sekaligus menyebarkan agama Kristian.
Akhirnya mereka berjaya mengkristiankan seluruh benua Amerika. Keseluruhan benua itu bermula dari utara hingga ke selatan semuanya adalah Kristian. Sementara negara utama Kristian adalah Amerika Syarikat. Namun kini, misionari Kristianisasi mengorak langkah ke Asia untuk menyebarkan dakyahnya termasuklah Malaysia sebagaimana menurut video yang tular baru-baru ini. Jelas dan terang dalam satu perjumpaan golongan Kristianisasi tersebut, Malaysia disebutkan sebagai sasaran utama di Asia untuk dijalankan misi ini sebagaimana Filipina yang merupakan negara Asia yang berjaya dikristiankan sepenuhnya walaupun setelah ketiadaan penjajah.
Sebelum kedatangan penjajah, seluruh benua Afrika dan Asia didominasi oleh Islam. Kejayaan mengkristiankan Filipina adalah satu pencapaian besar. Justeru itu, disebabkan Malaysia merupakan negara Islam yang kini kebanyakan umatnya dilihat semakin terbuka dalam menerima pandangan baru sebagaimana liberalisme dan sebagainya, golongan kristianisasi ini dengan terang-terangnya telah mengisytiharkan untuk mengkristiankan masyarakat di Malaysia.
Agenda telah terserlah, niat jahat golongan Kristianisasi juga telah terbongkar, justeru itu umat Islam masih ada lagikah yang percaya dengan dakyah-dakyah yang di bawa oleh mereka sedangkan al-Quran dan Hadis jelas memperlihatkan kebenaran? Berpeganglah pada akidah dengan jitu, nescaya ia akan menyelamatkan kita dari sebarang anasir-anasir yang boleh memesongkan.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JAN 2024 dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Comments
Post a Comment