GOLONGAN ATEIS ZAHIRNYA MENYALAHI FITRAH SEBAGAI SEORANG MANUSIA YANG SEHARUSNYA BERPEGANG KEPADA AGAMA


Discordianisme adalah sebuah fahaman yang menubuhkan agama baru. Agama ini juga dianggap sebagai agama satira atau parodi disebabkan terdapat banyak doktrin yang tidak masuk akal. Mereka menubuhkan agama Discordian ini bertujuan untuk mewujudkan teori konspirasi Illuminati dan Freemason yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Agama ini ditubuhkan oleh Greg Hill dan Kerry Wendell yang juga merupakan penulis buku ‘Principia Discordia’. Agama ini mendakwa menyembah Dewi Eris dan Dewi Yunani yang terkenal sebagai dewi persengketaan dan yang melakukan huru-hara. Oleh sebab itu, mereka sengaja mencetuskan provokasi terhadap ketidak percayaan kepada Tuhan dan menghina golongan yang beragama dengan mencipta agama baru sebagai tanda sindiran. 

Jika melihat trend ini, dapat dilihat bahawa sebelum ini golongan ateis sudah terkenal dengan slogan yang menghina agama-agama, kini mereka teralih kepada fenomena mencipta agama dengan mewujudkan doktrin-doktrin yang mengarut untuk melempiaskan nafsu mereka yang mahu menghina agama dengan cara ‘berseni’. Oleh itu, jelas bahawa perbuatan golongan ateis ini adalah tidak bermoral dan menyanggahi kebebasan pihak beragama yang lain serta melampaui fitrah seorang manusia yang seharusnya beragama. Nauzubillahi min zalik.

Sumber: Multiracial Reverted Muslim


 

Comments