KEKEJAMAN ISRAEL BUKAN SEKADAR 'GENOCIDE' MALAH DI LUAR NORMALISASI KEMANUSIAAN


Satu dunia telah mengetahui kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza. Bukan sahaja mereka melakukan ‘genocide’ malah lebih parah dan kejam lagi apabila terbongkarnya perbuatan Zionis menggali semula mayat para shuhada’ Palestin. Malah mereka bertindak diluar normalisasi sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan apabila mencuri mayat para shuhada’ tersebut untuk diambil anggota badan mahupun organ dalaman mereka.

Menurut laporan Pejabat Media Kerajaan, sebahagian jenazah yang dicuri dan dipulangkan semula dalam keadaan dicampakkan bergelimpangan di atas tanah didapati telah kehilangan organ dalamannya seperti hati, buah pinggang dan jantung. Ianya nampak ketara susulan keadaan fizikal jenazah itu didapati berubah dan ia menjadi bukti jelas bahawa Israel mencuri organ di dalam tubuh mangsa yang terkorban.

Lihatlah dunia betapa kejamnya Zionis Laknatullah, namun masih lagi tiada pihak-pihak yang boleh menghentikan tindakan kejam tersebut atas apa-apa paksi keperimanusiaan mahupun agama demi menyelamatkan Palestin. Walaupun Malaysia khususnya umat Islam tidak ada kemampuan untuk membantu secara fizikal saudara-saudara Islam di Palestin, namun panjatkanlah doa untuk mereka kerana doa jua merupakan senjata yang paling ampuh umat Islam. biarpun tidak nampak di mata namun kesannya sangat mendalam disisi Allah. Teruskan usaha untuk memboikot produk dan perkhidmatan mereka yang terliabat, moga usaha kecil ini membawa kejayaan dan kemenangan kepada umat Islam suatu hari nanti.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – JAN 2024 dan Mstar.com


 

Comments