PEMIKIRAN SONGSANG GOLONGAN ATEIS YANG TIDAK BERAGAMA ADALAH SEJARAH TERBURUK DALAM KETAMADUNAN MANUSIA


Golongan ateis kebanyakannya bersifat sarkastik yang suka menyindir golongan yang beragama dengan doktrin-doktrin mereka yang tidak masuk akal. Sebagai contoh lafaz-lafaz yang bersifat keagamaan seperti ‘Ameen’ yang digunakan untuk mengaminkan doa ditukar kepada ‘ramen’ (mee). Begitu juga dengan nama bulan Ramadhan, mereka memanggil dengan ‘Ramendan’ dan banyak lagi perkataan-perkataan yang digubah oleh mereka.

Permainan lafaz-lafaz ini banyak terdapat dalam kitab suci sebuah kumpulan ateis yang dikenali sebagai Pastafarian iaitu ‘Gospel of Flying Spaghetti Monster’. Kononnya dengan melakukan cara ini untuk menyedarkan masyarakat bahawa agama adalah ciptaan manusia dan agama memiliki doktrin yang pelik dan tidak masuk akal. Malah di dalam buku yang dikarang oleh Bobby Henderson, pengasas kumpulan ateis Pastafarian yang mengaku sebagai nabi, banyak mengkritik teori evolusi dengan menyatakan bahawa manusia berasal daripada lanun. 

Pemikiran songsang seperti ateisme ini merupakan antara sejarah terburuk dalam kehidupan bertamadun manusia. Bagi seorang Muslim, menganut fahaman ateis dianggap sebagai kufur atau murtad kerana menolak Allah SWT sebagai Tuhan, malah ia merupakan suatu bentuk penjajahan baru. Namun, malangnya dunia Barat hari ini melihat ateisme sebagai sebuah kepercayaan yang perlu diiktiraf oleh semua orang kononnya ia adalah hak asasi setiap manusia.

Justeru itu, salah satu solusinya, pihak berautoriti disarankan memanfaatkan penggunaan media ‘online’ semaksimum yang mungkin dalam menyebarkan dakwah Islam. Ini kerana majoriti manusia pada zaman globalisasi kini menggunakan media online untuk mencari maklumat dan informasi. Maka menjadi kewajipan bagi umat Islam berjihad menguasai media ‘online’. Dalam erti kata lain, semua pihak mesti bersatu bagi menghadapi ancaman ateisme khususnya di Malaysia.  

Sumber: A Global Report on Discrimination Against Humanists, Atheists and the Nonreligious.


 

Comments