RUKUN IMAN SYIAH BERBEZA DENGAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TANDA JELAS TERPESONG AKIDAH ISLAM SEBENAR


Syiah adalah aliran yang sering diperdebatkan kebenarannya. Syiah mempunyai doktrin-doktrinnya tersendiri. Berkaitan dengan teologi (hal-hal agama), mereka mempunyai rukun iman tersendiri, yakni Tauhid (kepercayaan kepada Allah), Nubuwwah (percaya kepada kenabian), Qiyamah (Hari Pengadilan), Imamah (kepimpinan 12) dan Adl (keadilan).

Berasaskan rukun iman sahaja jauh bezanya dengan umat Islam yang jelasnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Imamah adalah soal terpenting dalam Syiah dan kerana inilah juga Syiah terbahagi kepada banyak kelompok. Bagi mereka para Imam Syiah mempunyai kedudukan pewaris kerasulan, pemilik autoriti kenabian, sebagai cahaya Tuhan di Bumi dan Imam memiliki roh ketuhanan. Oleh sebab itu, Syiah menganggap Imam mereka sebagai maksum iaitu tidak mempunyai dosa sebagaimana dikatakan setaraf dengan Nabi dan wakil Tuhan. 

Justeru itu, jelas terang lagi bersuluh bahawa akidahnya yang asas adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Maka dimanakah logiknya bagi umat Islam khususnya di Malaysia mendukung ajaran Syiah yang dikatakan sebahagian daripada Islam? ada yang bertaqiyyah (berpura-pura) di tempat awam sedangkan mereka secara tersembunyi mengamalkan amalan yang bertentangan dan cuba mempengaruhi pemikiran umat Islam yang lain dengan kepercayaan karutnya yang terpesong. Maka, berhati-hatilah dengan golongan Syiah.

Sumber: Jurnal Psikologi Islam –Universiti Raden Fatah Palembang


 

Comments