TOLAK ISLAM LIBERAL!!! PRINSIP ASAS LIBERAL BERSUMBERKAN AKAL FIKIRAN BERCANGGAH DENGAN AL-QURAN DAN HADIS
Liberalisme membawa beberapa prinsip penting yang mana apabila diterjemahkan dalam sistem hidup manusia mereka membawa semangat persamaan, kesejagatan (universalisme) dan keragaman (pluralisme). Istilah liberalisme juga dikaitkan dengan sikap 'antifeudal' iaitu tidak terikat dengan mana-mana kekuasaan politik.
Ia dikaitkan dengan sifat rasional, bebas dan berfikiran terbuka. Golongan liberal juga menentang undang-undang yang mengekang mereka bersuara terhadap apa yang mereka mahukan. Dari segi ekonomi, liberalisme membawa pendekatan pasaran bebas yang membataskan tanpa campur tangan kerajaan memerintah. Dari sudut sosial pula, mereka akan memperjuangkan kebebasan wanita.
Wanita tidak boleh dikongkong dan sebab itu mereka melihat perkahwinan sebagai satu kontrak. Apabila berkahwin, golongan itu mahukan hak persamaan iaitu kesamarataan jantina dan penghapusan kawalan terhadap individu. Boleh disimpulkan bahawa, prinsip utama liberalisme adalah memperjuangkan kebebasan manusia. Golongan liberal mahu manusia bebas dan tidak dikongkong.
Disebabkan berpegang kepada prinsip dan falsafah kebebasan dan keterbukaan menyebabkan golongan itu bebas menentukan sistem nilai terbaik buat diri mereka dengan menggunakan akal sebagai pertimbangan. Atas prinsip inilah menjadikan fahaman liberalisme ini tidak boleh diadaptasi dalam Islam kerana telah bercanggah dengan prinsip asas Islam yang berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Sumber: Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik- IKIM
Comments
Post a Comment