USAH PENDAM PERASAAN DENDAM :TIDAK BERDENDAM ITU SIFAT AHLI SYURGA

 

Sebagai manusia yang serba kekurangan, kita tidak akan lari dari merasakan perasaan dendam sekiranya hati kita disakiti. Dalam apa pun keadaan, umat Islam digalakkan untuk tidak menyimpan perasaan dendam sekiranya berhadapan dengan perselisihan faham dengan mana-mana individu lain. Sebaliknya, kita disarankan untuk memperbaiki atau menyelesaikan masalah tersebut dengan cara baik. Ini kerana dikhuathiri dendam tersebut bukan sahaja akan memudaratkan orang lain, malah turut akan memberi kesan kepada diri sendiri. 

Salah satu sifat ahli syurga seperti mana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran ialah Allah telah menghilangkan sifat hasad dan dendam dalam hati mereka sehingga jiwa mereka menjadi bersih dan sejahtera. Firman Allah SWT:

“Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing..” (QS al-A’raf: 43).

Oleh itu, mereka yang bercita-cita ingin masuk ke syurga perlu berazam untuk membuang sifat hasad dan dendam dalam hati mereka. Kesombongan jiwa menghalang mereka untuk ke syurga. Seperti sabda Rasulullah SAW:

“Tidak masuk ke syurga mereka yang ada di dalam hatinya walau sebesar zarah sifat sombong.” (HR Bukhari).

Ingatlah, terlalu kuat berdendam dan berdengki dengan orang lain menjadikan jiwa keras dan kotor. Jiwa yang kotor akan memakan amalan-amalan kebaikan kita. Rasulullah SAW bersabda:

“Jauhkan diri kamu dari hasad kerana sesungguhnya hasad itu memakan amalan kebaikan seperti mana api yang membakar kayu.” (HR Abu Daud).

Sumber: Facebook My#hadithTime


Comments