Zikir dari segi istilah merupakan mengingati Allah SWT bila mana dan di mana sahaja berada dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syarak seperti menerusi ucapan, perbuatan atau dengan hati. Mengingati Allah adalah usaha yang berkesan untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Suka dinyatakan juga bawaha hukum zikir dalam keadaan bergerak adalah perkara yang dibolehkan kerana ia menyebabkan badan menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadat zikir.
Namun, adakah zikir dalam keadaan yang menari keterlaluan dan tidak menjaga ikhtilat sebagaimana yang tular di sosial media berkenaan sejumlah umat Islam di Selangor bertindak sedemikian juga dibenarkan syarak? JAKIM menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng.
Amatlah perlu untuk difahami hakikat tasawwuf sebenar dan juga tareqat supaya apa yang kita amalkan benar-benar mengikut apa yang diredhai Allah SWT. Benarlah kata Imam Malik:
“Siapa yang bertasawwuf tanpa faqih dia mungkin membawa kafir zindiq. Siapa yang mempelajari feqah tanpa tasawwuf, dia boleh membawa fasiq. Siapa yang menghimpunkan kedua-duanya nescaya dia yang sebenar tahqiq”.
Justeru itu, amatlah wajar kita melakukan sesuatu benar-benar dengan kefahaman, kerana jika sebaliknya dan tanpa ilmu, nescaya seseorang itu mudah terpedaya dan tergelincir daripada hakikat Islam yang benar. Ditegaskan hukum zikir dalam bentuk tarian tidak dibolehkan sama sekali. Walau bagaimanapun, jika goyangan sebahagian kepala atau badan dalam keadaan sedar, waras, tidak dibuat-buat, disamping menjaga adab tatasusila dan tidak berlebihan, maka adalah diharuskan.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Twitter @ZacZakirin13
Comments
Post a Comment