ANCAMAN SEKTARIANISME ANGKARA SYIAH MENYEBABKAN PERGOLAKAN DAN KONFLIK DALAM DUNIA ISLAM



Dalam kerangka geopolitik, wacana ‘ancaman’ adalah sebahagian daripada strategi yang dihasilkan oleh kelompok-kelompok politik yang bersaing. Contohnya semasa era Perang Dingin (1945-1990) terdapat satu ancaman dikenali sebagai ‘Ancaman Merah’ yang menjadi ketakutan kepada Barat terhadap perkembangan ideologi komunisme di negara mereka. Namun, setelah jatuhnya Uni Soviet, ‘Merah’ tidak lagi dianggap sebagai ‘ancaman’.

Di dalam dunia Islam, wacana ‘ancaman’ dapat dikaitkan dengan ‘Ancaman Sektarianisme’ iaitu kewujudan pelbagai aliran kerana perbezaan perspektif sehingga melahirkan gagasan yang berbeza-beza. Hal ini kemudian mengakibatkan terbentuknya sebuah ajaran atau aliran baru dalam masyarakat. Contohnya, semenjak keberhasilan Revolusi Iran 1979, Perang Teluk 1991, Invasi Iraq 2003 dan Arab Spring 2011, Arab Saudi telah menciptakan katakutan di dunia Muslim melalui wacana yang dikenali dengan ‘Ancaman Syiah’. 

Ancaman ini diertikan sebagai ketakutan sebahagian Muslim terhadap perkembangan ideologi Syiah yang bukan sahaja sesat dan menyesatkan akidah umat Islam, tetapi juga boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara. Hal ini berikutan pertembungan akidah dengan golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah menyebabkan ancaman Syiah ini perlu dihapuskan segera kerana ideologinya terpesong dari syariat Islam yang sebenar. Dikuatiri juga ideologi Syiah akan mendatangkan kekeliruan dan pengaruh yang buruk kepada kelompok masyarakat Islam yang tidak mengetahui mana benar mana salah berkenaana agama atau lemah pegangan imannya sedangkan Syiah bukanlah sebahagian daripada Islam.

Sumber: Jurnal Maarif, Vol. 10(2) – Maarif Institute for Culture and Humanity

Comments