GOLONGAN ATEIS BERPOTENSI MEMPUNYAI AKHLAK YANG BURUK DAN TIDAK BERMORAL

 

Kebanyakan golongan ateis berfikir bahawa kepercayaan yang mereka anuti adalah hasil daripada pemikiran rasional. Mereka menggunakan hujah seperti “Saya tidak percaya pada Tuhan, saya percaya kepada sains” untuk menjelaskan bahawa bukti dan logik akal mendasari pemikiran mereka.  

Menurut laporan yang diterbitkan melalui jurnal ‘Nature Human Behaviour’, kajian terhadap 3000 orang daripada 13 buah negara di lima benua didapati bahawa secara umumnya golongan ateis dianggap berpotensi berakhlak buruk dan berbahaya. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa sebahagian orang ateis mempunyai ‘bias antiateis’yang sudah tertanam ketika mereka meneliti moraliti seseorang. Bahkan di negara-negara sekular masyarakat dilihat masih berpegang dan berkeyakinan bahawa agama adalah ‘alat’ yang memelihara moraliti seseorang individu.

Bukti sains juga telah menunjukkan bahawa setiap manusia memerlukan agama dan kepercayaan kepada Tuhan itu adalah amat penting dalam kehidupan seseorang individu dan pembentukan ketamadunan dalam masyarakat. Dengan itu, manusia lebih terpelihara dari sudut moraliti bahkan menjamin ketenangan jiwa dan kesihatan mental kerana berpegang kepada prinsip adanya Tuhan dan agama yang melindungi diri dan tempat bergantung. Renung-renungkan.

Sumber: Journal Nature Human Behaviour, Vol.1 (8)


Comments