ISU AJARAN SESAT TIDAK BOLEH DIPANDANG ENTENG KERANA IA MELIBATKAN AKIDAH UMAT ISLAM YANG BERGELUMANG DENGAN KESYIRIKAN


Perlu ditegaskan bahawa isu ajaran sesat bukanlah suatu isu yang boleh dipandang ringan dan ditangani secara sambil lewa. Isu ajaran sesat merupakan satu isu yang amat penting kerana ia menyentuh kehidupan dan akidah seseorang Muslim. Akidah yang terjejas boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kesyirikan dan akhirnya ke lembah kemurtadan iaitu terkeluar daripada Islam dan termasuk dalamkalangan orang yang kafir.

Oleh sebab itu, ilmu akidah adalah sangat penting kerana ia akan menghalang kegugatan pengaruh asing kaum musyrikin. Penyebaran ajaran sesat mungkin dapat dikekang jika setiap individu Muslim berwaspada dan meningkatkan pengetahuan agama menerusi cara yang betul serta mengelak diri daripada dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang kebanyakannya mempunyai agenda peribadi.

Biarpun kerajaan khususnya berusaha menyemarakkan usaha dakwah menerusi pelbagai medium dan perancangan di segenap peringkat, namun masih ada kelompok yang berjaya menembusi golongan sasaran, terutamanya menerusi kaedah dan pendekatan tertentu seperti perbomohan dan rawatan tradisional, tarikat dan pengajaran tertentu serta pemujaan dan amalan khurafat. Usaha keras pihak-pihak berwajib tersebut dilakukan kerana implikasi ajarat sesat ini, bukan sahaja terkesan kepada individu terbabit semata-mata, malah turut memberi kesan kepada keharmonian dalam masyarakat.

Sumber: Jurnal Syariah, Vol. 18(2) – Universiti Malaya


 

Comments