KEPERCAYAAN KEPADA PERKARA KHURAFAT DAN ANIMISME DALAM MASYARAKAT MELAYU MENGUNDANG KEPADA KESESATAN DARI LANDASAN AGAMA ISLAM


Dalam kalangan masyarakat Melayu, pelbagai kepercayaan telah wujud sejak zaman-berzaman. Contohnya kepercayaan berunsur khurafat seperti animisme dan yang berelemen Hinduisme, dapat dilihat dalam pelbagai bentuk di dalam masyarakat Melayu. Kepercayaan animisme ini biasanya menimbulkan pemujaan dan perhambaan diri kepada suatu kuasa yang berperibadi kerana orang mempercayai bahawa ia boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada manusia. 

Kesannya, nyawa dan roh yang dianggap berkuasa perlu dijaga dan dilayan dengan baik supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Kepercayaan sebegini sebagai salah satu contoh jika dibiarkan berlarutan tanpa pengawasan pihak berwajib akan mengakibatkan kesesatan kepada masyarakat yang mempercayainya.  

Inilah cabaran yang wujud semenjak dahulu dalam menyekat perkembangan agama Islam. Penyebaran ajaran sesat mungkin dapat dikekang jika setiap individu Muslim berwaspada dan meningkatkan pengetahuan agama menerusi cara yang betul serta mengelak diri daripada dipengaruhi oleh kumpulan tertentu yang kebanyakannya mempunyai agenda peribadi.

Sumber: Jurnal Syariah, Jilid 18(2)


 

Comments