KESESATAN KERAJAAN 9!!!

AJARAN MAWLA MUHAMMAD AMIN PERLU DISEKAT SEGERA DEMI MENYELAMATKAN AKIDAH UMAT ISLAM

Pada tahun 2022, kedatangan seorang lelaki daripada Maghribi yang dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin al-Hassani telah mendakwa dirinya sebagai cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad S.A.W. Susulan dakwaan lelaki tersebut telah menyebabkan segelintir masyarakat Islam di dalam negara taksub kepadanya dengan menyatakan bahawa beliau adalah Imam Mahdi dan melihatnya adalah seperti melihat Nabi Muhammad S.A.W.

Sedangkan beliau tidak mempunyai sifat-sifat Imam Mahdi sedikit pun apatah lagi seorang ulama jika ditelusuri salah-silahnya. Oleh sebab itu, beliau dikatakan telah membawa ajarat sesat kepada masyarakat Islam di Malaysia. ( Rujuk: https://alhaqcentremalaysia.com/?p=3883 )

Tahun ini, 2024, kisahnya kini menjadi sensasi semula apabila didakwa cuba mewujudkan sebuah perkampungan di Melaka yang dikenali sebagai ‘Kerajaan 9’ dan telah membeli beberapa hektar tanah di Melaka hasil daripada kutipan dana daripada masyarakarat awam. Tujuannya adalah sebagai persiapan untuk menyambut kedatangan orang luar yang dikatakan bakal menjadi Imam Mahdi kelak.

Pada masa yang sama, Kementerian Luar Maghribi, juga telah mengesahkan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan jalur keturunan Nabi Muhammad S.A.W dan mengeksploitasi dakwaan tersebut untuk menarik perhatian pengikut ajarannya sahaja. Sangat mengecewakan apabila kemunculannya suatu ketika dahulu tidak disekat dengan segera, malah masih dibenarkan untuk memberikan ceramah di mana-mana negeri di Malaysia. Sebaliknya pula berlaku kepada pendakwah tempatan yang kebanyakannya mengalami kesukaran untuk memberikan ceramah di sesebuah negeri akibat sekatan yang tidak masuk akal yang kebanyakannya dikaitkan dengan isu politik. 

Sedangkan apabila berkait dengan hal akidah, maka ianya perlu diutamakan. Ideologi-ideologi yang membawa kesesatan seperti mana yang dibawa oleh Mawla Muhammad Amin ini perlu diambil tindakan segera kerana dikhuatiri lebih ramai yang terpengaruh dengan ajarannya. Bukan sahaja mengakibatkan terpesong akidah, malah boleh mencetuskan ketidak harmonian dalam masyarakat.

Sumber: Unit Penyelidikan Al-Haq Centre Malaysia - FEB 2023 dan Harian Metro - 20 FEB 202

Comments