Walaupun isu ini kedengaran agak baru, namun sebagai umat Islam kita perlu lebih peka dan berhati - hati. Di media sosial kini sudah mula dipaparkan tentang penjualan sepaket kertas yang mengandungi ayat -ayat rukyah dan ayat - ayat al - Quran yang digunakan untuk tujuan perawatan secara Islam.
Namun, cara penggunaannya mencurigakan apabila kertas - kertas yang mengandungi ayat - ayat al - Quran itu di masukkan ke dalam segelas air dan dikacau lalu diminum. Ini jelas bertentangan dengan amalan rukyah yang disarankan dalam agama Islam. Apa yang lebih mengejutkan, sepaket kertas itu dijual atas talian dengan harga antara RM131 hingga RM183.
Sama ada kita sedar atau tidak, cara ini sangat mirip dengan amalan agama lain yang sangat popular di Eropah pada abad ke - 15 yang dipanggil sebagai Tarot Reader yang kini popular di kalangan pengamal ilmu sihir di seluruh dunia. Dengan adanya kertas - kertas syirik seperti ini, ia seolah - olah memberi gambaran bahawa agama Islam juga mempercayai ilmu ramalan melebihi dari kekuasaan Allah SWT, nauzubillahiminzalik!
Sudah terang dan nyata, ini adalah cubaan puak kafir untuk mengelirukan umat Islam untuk mempercayai amalan - amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam. Oleh sebab itu, umat Islam dinasihatkan untuk berhati - hati dan perkukuhkan iman kita. Kita sekarang sedang diuji dengan cubaan untuk merosakkan iman dan akidah umat Islam. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah SWT.
Doa memohon keselamatan di dunia dan akhirat:
رَبَّنَاا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, serta peliharalah kami dari seksa api neraka."
Sumber: TikTok Quranfi (https://vt.tiktok.com/ZSFRDmt2D/)
Comments
Post a Comment