LANGKAH-LANGKAH UNTUK ATASI PEMIKIRAN ATEISME YANG SEMAKIN MENULAR DALAM KALANGAN UMAT ISLAM

 

Sebelum ini golongan ateis sudah terkenal dengan slogan yang menghina agama-agama. Setiap agama dipertikaikan kerana bagi mereka agama dan Tuhan tidak wujud dan tidak boleh diterima oleh akal. Kini mereka teralih kepada fenomena mahu beragama untuk melempiaskan nafsu mereka yang mahu menghina agama dengan cara membentuk ‘agama parodi’. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan mereka ini adalah tidak bermoral dan menyanggahi kebebasan pihak lain.

Bagi meminimalkan berlakunya perkara tersebut ada beberapa perkara yang harus diambil kira hasil pemerhatian apa yang telah berlaku kepada gereja di Barat. Pertama, Islam haruslah sentiasa dijadikan sebagai cara hidup berdasarkan sumber yang sahih. Kedua, golongan pendidik khususnya dari kalangan guru-guru hendaklah memiliki bacaan yang luas dan pelbagai termasuklah pengetahuan sains, sejarah dan logik akal.

Ketiga, golongan agamawan hendaklah menjadi kritis dan sering menjawab persoalan yang ditimbulkan kerana perkara ini sering dilakukan oleh gereja di Barat sehingga golongan anak muda mereka tidak berminat dengan agama dan mereka lebih memilih untuk menjadi ateis. Keempat, diadakan dialog harmoni di antara agama kerana perkara itu boleh menjernihkan salah faham antara satu sama lain dan mengelakkan dari munculnya pemikiran untuk menyindir agama kerana mereka sering didedahkan dengan persoalan dan perbincangan yang mendalam di dalam agama. Renung-renungkan.

Sumber: Encylopedia of New Religions


Comments