MELAYU-ISLAM MURTAD LAYAK DILUCUTKAN BANGSANYA KERANA MENYALAHI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN


Bahayanya gerakan Kristianisasi di Malaysia adalah kerana ianya dilakukan dengan penuh tipu helah serta berselindung dengan pelbagai wajah. Hasilnya ramai umat Islam tidak sedar dan tertipu malah menimbulkan perbalahan sesama sendiri. 

Mengkristiankan orang Melayu yang beragama Islam bermakna memurtadkan mereka. Sedangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu telah didefinisikan sebagai orang yang beragama Islam. Oleh itu, gerakan pemurtadan ini terang-terangan mengancam kedaulatan Perlembagaan.

Dengan kata lain, apabila seseorang Melayu itu tidak lagi beragama Islam maka status diri sebagai warganegara berbangsa Melayu secara automatiknya adalah terbatal menurut undang-undang. Oleh sebab itu, kebanyakan orang Melayu yang telah murtad menyembunyikan status kemurtadannya kerana salah satunya akan memberi kesan kepadanya dari segi undang-undang selain dari provokasi daripada masyarakat. Inilah bahayanya jenayah Islam murtad sekiranya tidak dibendung dengan segera.

Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia –FEB 2024


 

Comments