PENGHINAAN AGAMA ISLAM ADALAH PERBUATAN EKSTREMIS YANG BOLEH MENCETUSKAN KETIDAKHARMONIAN DALAM NEGARA


Di Malaysia, isu penghinaan agama Islam adalah merupakan isu sensitif dan boleh menjejaskan perpaduan nasional. Tambahan pula, Islam merupakan agama Persekutuan dan dianuti oleh lebih daripada separuh populasi penduduk di negara ini. Justeru, perbuatan mencemarkan kesucian dan memperlekehkan agama Islam boleh menimbulkan kemarahan dan protes daripada umat Islam atau majoriti penduduk Malaysia.

Contohnya dapat dirujuk kepada isu kalimah Allah di mana beberapa siri protes telah dilakukan oleh umat Islam di seluruh negara sebagai bantahan kepada penggunaan kalimah tersebut di dalam ‘Bible’ terjemahan berbahasa Melayu. Tindakan seperti ini dianggap sebagai perbuatan yang bertujuan merendah-rendahkan, memburukkan dan menjatuhkan martabat dan kemuliaan agama Islammelalui provokasi kepada umatnya. Jelasnya, motif penghinaan agama sebegini boleh mengundang kepada menggugat ketenteraman awam. 

Isu penghinaan agama ini berlaku antara sebabnya kerana tiada peruntukan yang jelas dan tegas mengenai penghinaan agama Islam yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh sebab itu, masyarakat yang ‘ekstremis’ dan tidak bertanggungjawab dengan beraninya membuat provokasi menghina agama Islam sama ada secara fizikal mahupun media sosial. sedangkan tanpa sedar ia mampu mencetuskan suasana ketidakharmonian di dalam negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan bangsa.

Sumber: JSPUI - USIM


 

Comments