SYIAH PENYEBAB BERLAKUNYA KONFLIK AGAMA MAMPU MENJADI ANCAMAN KESELAMATAN KEPADA NEGARA

 

Ancaman keselamatan negara hari ini tidak lagi terbatas kepada peperangan semata-mata. Ancaman tradisional seperti perbalahan mazhab dan konflik agama turut memberi kesan terhadap nilai teras sesebuah negara. Di Malaysia, walaupun fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) diisytiharkan sebagai pegangan rasmi, namun masih terdapat segelintir masyarakat yang berpegang pada fahaman Syiah.

Perkara sebegini membawa kepada konflik antara fahaman Sunni dan Syiah kerana dua nilai yang berbeza tidak dapat disatukan dalam satu negara mengundang kepada timbulnya isu-isu melibatkan keselamatan negara. Lihat sahaja contoh di Timur Tengah, pengaruh yang dibawa oleh Khomeini (Imam Besar Syiah di Iran) berupaya memaksa dan memberi inspirasi kepada penduduk Syiah di negara Iraq untuk turut taat kepada pemimpin ‘Wilayatul Faqih’ tersebut. Hal ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Iraq, Saddam Hussin yang menyatakan bahawa golongan Syiah hanya akan taat kepada negara Iran dan bukannya negara yang mereka diami. Oleh sebab itu, Syiah dikatan memberi pengaruh yang besar kepada pengikutnya walau dimana sahaja mereka berada.

Kemuncak pertembungan antara Syiah dan Sunni di Timur Tengah apabila berlaku pemberontakan antara pasukan keselamatan Kerajaan Saudi dan golongan Syiah yang kecewa dengan penghalangan merayakan Hari Ashura. Ekoran pemberontakan ini, ramai tercedera dan meninggal dunia. Hal seperti inilah yang seharusnya dijadikan pengajaran kepada negara Malaysia supaya membendung kewujudan golongan Syiah di Malaysia demi menjaga keharmonian negara. Bukan sahaja itu, malah Syiah adalah bukan ajaran Islam kerana akidahnya secara jelas menyalahi akidah yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Sumber: Journal of Social Sciences and Humanities


Comments