TUDUHAN ATEISME MENOLAK AGAMA DAN TUHAN MERUPAKAN SEJARAH TERBURUK DALAM KEHIDUPAN BERAGAMA DAN KETAMADUNAN MANUSIA


Strategi penyebaran ideologi pemikiran Barat, Barat telah mengatur strategi bagi menyebarkan pelbagai ideologi-ideologi moden termasuklah ateisme. Barat memusatkan kempen ini secara besar-besaran dengan bantuan orientalisme terhadap seluruh dunia bertujuan untuk menyerang setiap agama, terutamanya Islam, bagi menghancurkan pegangan akidah ketuhanan umat Islam dengan mengenengahkan aliran ateisme.

Pelopor ateisme zaman kini mendakwa bahawa beragama Islam adalah penyebab kepada kemunduran di dunia Islam, kerana agama Islam telah mengikat kebebasan akal daripada berfikir untuk mencapai kemajuan. Agenda mereka menjadi lebih mudah di zaman globalisasi kini sehingga fahaman ateis terus berkembang pesat ke seluruh dunia termasuklah di negara-negara Islam.

Kesannya lahirlah beberapa kenyataan yang disifatkan sebagai menolak agama dan Tuhan. Contohnya menuduh agama adalah satu bentuk penindasan serta kezaliman yang melemahkan munculnya kebenaran. Mereka juga mengatakan bahawa Tuhan tidak penting kerana ia sekadar khayalan akal yang berpisah daripada Tuhan.

Berdasarkan sebahagian ideologi ateisme tersebut, ia memaparkan sejarah terburuk dalam kehidupan beragama di Barat sebelum ia berkembang ke seluruh dunia sehingga kini. Malah perkembangan pemikiran moden semasa menunjukkan bahawa ia tidak akan terhenti setakat ateisme sahaja. Waspadalah wahai umat Islam supaya tidak terjerumus dengan ‘godaan’ duniawi. Renung-renungkan.

Sumber: Buku Ateisme: Satu Penelitian Awal -JAKIM


 

Comments