YAKINLAH DENGAN KEKUASAAN ALLAH SWT DALAM SOAL REZEKI


Setiap Muslim di dunia ini haruslah percaya bahawa ajal, pertemuan, jodoh dan rezeki itu terletak di tangan Allah SWT. Ia akan diberi dalam masa yang tepat, tidak juga tepat dan tidak juga lambat. Namun, ia bukan alasan untuk kita merasa terlalu berhasad dengki dengan rezeki orang lain yang lebih sedikit daripada kita. Ada empat Tingkat rezeki daripada Allah SWT:

1) Rezeki yang dijamin oleh Allah SWT untuk setiap makhluk, termasuk manusia yang berakal. 

2) Rezeki tingkat kedua adalah Allah SWT akan memberikan rezeki kepada manusia dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya.


3) Rezeki tingkat ketiga adalah rezeki yang "ditambah" oleh Allah SWT. Inilah rezeki yang disayangi yang kepada yang diinginkan oleh Allah SWT. Kalau kita pandai pandai mensyukuri pemberian Tuhan dan manusia.

4) Rezeki tingkat keempat adalah rezeki orang yang bertakwa. Firman Allah SWT:


"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (QS At – Talaaq: 2 & 3).

Justeru, jangan sesekali kita merasa kecewa atau menyimpan hasad dengki yang terlampau mendalam terhadap orang yang menerima rezekinya dahulu daripada kita. Sebagai manusia di muka bumi yang diberikan akal dan fikiran oleh Allah SWT, kita jangan sesekali berhenti berusaha, berdoa dan bertawakal dalam mencari rezeki. Ini kerana Allah SWT telah menjamin rezeki seseorang sejak mulai dari kandungan ibunya lagi.  Firman Allah SWT dalam Surah Hud, ayat 6 maksudnya: 

"Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menetapkan rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan.  Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." 

Sumber: Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


 

Comments