‘GOT IST TOT’ (TUHAN TELAH MATI)!!! LAUNGAN GOLONGAN ATEIS MENYANGKAL KETUHANAN, NAMUN MELAYU-ISLAM TURUT TERPENGARUH SAMA
‘Got ist tot’ atau Tuhan sudah mati!!! Inilah laungan Friedrich Nietzsche, seorang ahli falsafah terkenal Jerman pada akhir abad ke-19. Ungkapan tersebut dicetuskan ketika masyarakat Barat mengalami zaman kegelapan dan kemunduran sehingga beliau merumuskan bahawa sekiranya umat manusia ingin maju, berdaya saing dan berjaya dalam kehidupan dunianya, mestilah meyakini bahawa agama sama sekali tidak dapat menolong manusia kerana Tuhan telah mati.
Namun, laungan Nietzche menular ke segelintir umat Islam di serata dunia tidak terkecuali di Malaysia. Menerusi laman web dan media sosial, mereka secara terang-terangan berani mengisytiharkan diri sebagai bekas penganut agama Islam yang tidak percaya lagi dengan Tuhan.
Perkara ini diakui atau tidak, cukup memeranjatkan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang terserlah syiar agama Islam di seluruh tempat. Aktiviti dakwah yang tidak henti, saluran dana daripada Jabatan Agama Islam bagi mengimarahkan program-program perkembangan Islam, jemaah yang sentiasa ramai di masjid, sudah tentu fenomena ateisme di negara ini tidak terbayang akan menguasai umat Islam. Apakah ini menjadi fenomena global di dunia Muslim atau ianya hanya kes terpencil yang tidak perlu dibimbangi kewujudannya? Renung-renungkan.
Sumber: Majalah Dakwah
Comments
Post a Comment