Sedarlah kita bahawa sudah ada pemimpin Melayu Islam mengeluarkan kenyataan yang memandang ringan terhadap agenda Kristianisasi. Inilah lambang kejayaan fahaman liberal yang sudah lama menyusup masuk dalam kealpaan umat Islam sendiri. Kumpulan yang menggerakkan agenda Kristianisasi ini disokong oleh kumpulan liberal Melayu yang tidak pernah diambil tindakan oleh mana-mana pihak berwajib.
Malah menurut sumber daripada Jabatan Agama Negeri dan NGO-NGO Islam, kini sudah ada kumpulan paderi Melayu yang begitu gigih menjalankan dakyah Kristian dengan bantuan badan Kristian antarabangsa dan mereka begitu bangga dengan kejayaan mereka memurtadkan segelintir orang-orang Melayu Islam di negara ini.
Sementara itu, kumpulan LGBT juga kini dilihat telah semakin berani bersuara. Mereka dengan berani mempromosi zina dan seks sejenis yang hina yang memang sama sekali bercanggah dengan syariat Islam. Mereka disokong kumpulan-kumpulan liberal Melayu yang bergerak di bawah NGO-NGO yang didokong oleh setengah golongan elit politik dan NGO antarabangsa.
Oleh itu, umat Islam mestilah sedar tentang betapa bahayanya gerakan yang cuba memurtadkan orang Islam di negara ini. Jangan biarkan musuh-musuh Islam terus merosakkan akidah umat Islam yang memang sedang dilanda masalah ketandusan iman sekarang ini. Kita semua adalah bertanggung jawab terhadap Allah untuk menjaga kesucian Islam dan perlu turut sama bangkit membetulkan keadaan. Bahkan masyarakat Islam di negara ini mestilah berperanan untuk memberi tekanan kepada kumpulan yang menjadi musuh Islam dengan melakukan tindakan berdasarkan undang-undang negara.
Selain itu, umat Islam di negara ini juga perlu bertindak secara sivil untuk menggerakkan jentera masyarakat dalam membantu anggota masyarakat yang lemah daripada terus menjadi mangsa agenda musuh Islam tersebut.
Sumber: Gejala Murtad, Liberalisme Makin Parah, Nik Abduh Nik Aziz.
Comments
Post a Comment