‘KELUARGA DUNIA’ PERLU BERSATU MEMERANGI EKSTREMISME AGAMA DAN MENINGKATKAN KESEDARAN TANGANI ISLAMOFOBIA
Seringkali insiden keganasan yang berlaku di seluruh dunia dikaitkan dengan umat Islam biarpun hakikatnya ianya turut dilakukan oleh penganut agama lain. Hal ini telah memburukkan imej Islam dan seiring dengan perkembangan negatif ini, istilah Islamofobia telah menjadi popular dalam memberikan gambaran tentang persepsi masyarakat terhadap umat Islam dan agama Islam itu sendiri.
Fenomena Islamofobia yang semakin popular dan memberikan implikasi pelbagai kepada kehidupan umat Islam telah menyebabkan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) telah menubuhkan “OIC Islamophobia Observatory” bagi memantau perkembangan isu ini. Hasilnya, dengan kerjasama semua ahli termasuklah Perdana Menteri Malaysia yang turut memainkan peranan aktif memerangi Islamofobia, Malaysia menaja bersama dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan 15 MAC sebagai Hari Antarabangsa untuk memerangi Islamofobia.
Pengisytiharan ini mencerminkan inisiatif ke arah membetulkan persepsi negatif terhadap Islam yang sering didiskriminasi, "xenophobia" dikatakan bersikap tidak bertoleransi dan bertindak ganas. Perdana Menteri turut mengambil langkah tegas dalam menangani isu Islamofobia ini dan memberi jaminan untuk menyediakan peruntukan dan sokongan padu yang mencukupi bagi meningkatkan kefahaman mengenai Islam melalui pelaksanaan program-program pembaharuan Islam.
Oleh sebab itu, melalui didikan, kefahaman terhadap isi kandung al-Quran adalah digalakkan sebagai usaha mempertahankan akidah dan tidak mudah terpengaruh dengan agenda ektremisme mahupun terorisme. Setiap agama di dunia ini menyeru untuk melakukan kebaikan kepada mana-mana manusia. Justeru itu, hiduplah dalam keharmonian biarpun berlainan agama dan bangsa demi kesejahteraan bersama dan memelihara ketamadunan manusia. Inilah peranan ‘Keluarga Dunia’.
Sumber: Unit Penyelidikan al-Haq Centre Malaysia – MAC 2024 dan Sinar Harian – 16 MAC 2024
Comments
Post a Comment